PENCEN OH PENCEN!!!




Che Ibrahim


1. Ambo setuju kerajaan kaji balik skim pencen kepada semua penjawat awam termasuk ke atas PM, Menteri, Exco, Ahli Parlimen, Adun dan lain lain lantikan politik. 


2. Idea untuk hapuskan skim pencen ni bukan benda baru, masa ambo masih dalam perkhidmatan awam sekitar awal 90', desas desus ini sudah ramai yang berbicara.


3. Ambo yakin kerajaan tentunya akan membuat satu keputusan bijak dengan tidak menjejaskan pesara pesara kerajaan yang sedang menikmati pencen. Sudah tentu skim ini pada hemat saya hanya akan dikuatkuasa kepada lantikan baru, bukan kepada mereka yang sedang berkhidmat kecuali dalam bentuk pilihan. 


3. Adapun isu lantikan dalam bentuk kontrak, ianya hanya bersifat sementara sehingga kajian ke atas Skim Perkhidmatan ini selesai di muktamadkan oleh Kerajaan, kemudian, apabila skim baru ini dikuatkuasa, mereka akan dilantik secara tetap tidak berpencen.



No comments: