Sudah lah jurujual produk mengharu birukan pemikiran masyarakat Malaysia - media macam mStar Online ini pun sama sahaja.
Ingin saya ingatkan disini:
1. Air durian belanda atau daunnya TIDAK membantu rawatan sakit pinggang. TIDAK merawat DIABETES.
2. Jika ada yang dikelirukan macam saya pada permulaannnya, bila ingat penyakit buah pinggang - tidak apa. Ingin saya ingatkan disini, yang ada penyakit kronik buah pinggang, jangan ambil durian belanda kecuali SECUBIT kerana komplikasi garam potassium tinggi yang boleh menyebabkan jantung berhenti dan kematian.
3. Didalam artikel asal yang konon dirujuk oleh mstar, ada disebutkan penurunan tekanan darah untuk darah tinggi dan penyakit kencing manis. Saya difahamkan yang menulis ada jual produk.
Come on, dah 2024.
Cukup cukuplah mengelirukan rakyat Malaysia.
Jangan disebabkan penulisan begini, rakyat jatuh sakit dan mengalami kesihatan yang memudaratkan.
Rafidah Abdullah