SUNGGUHPUN KITA FAHAM BEBAN HUTANG DITANGGUNG KERAJAAN MADANI SELEPAS KEROSAKAN DIBAWA ZAMAN MAHATHIR DAN MUHIYIDDIN, UNTUK BERLAKU ADIL, WAKIL RAKYAT DAN MENTERI BARU JUGA SEWAJARNYA MENGGUNAKAN SKIM KWSP, BUKAN PENCEN
Oleh : Lokman Adam
Sungguhpun ada segelintir rakyat boleh memahami beban fiskal yang diwarisi oleh Kerajaan Madani khususnya bebanan hutang 686.8 Billion yang ditinggalkan oleh Kerajaan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak pada tahun 2017 yang hanya 50.8% berbanding KDNK Negara telah meningkat dengan amat dasyat sekali melebihi 1.5 Trillion iaitu lebih 82% setelah negara dirosakkan oleh dua pemerintahan Mahathir-Muhiyiddin. Namun, tidak semua boleh menerima layanan berbeza diberikan kepada YB-YB dan Menteri baru yang masih menikmati sistem berpencen.
Dizaman Tik Tok yang melahirkan terlalu ramai rakyat yang kurang rasional dan cepat melatah ini, Kerajaan tidak boleh mengharapkan rakyat sedar bahawa seseorang ahli politik biasanya telah berkhidmat berpuluh tahun kepada rakyat sebelum diberi peluang menjadi wakil rakyat atatah lagi Menteri. Ini mengakibatkan mereka berpandangan, adalah tidak adil sekiranya Penjawat Awam lantikan baru diwajibkan mengambil sistem KWSP, manakala Ahli-Ahli Yang Berhormat yang baru masih menikmati pencen setelah berkhidmat untuk tempoh sepenggal sahaja. Rakyat yang kurang rasional, tidak pernah mempeduli bahawa Perdana Menteri bukan setakat tidak mengambil pencen, malah langsung tidak mengambil gaji beliau. Mereka juga tidak pernah menganggap bahawa potongan gaji Para Menteri Kerajaan Madani sebanyak 20% selama ini adalah sebahagian dari semangat kebersamaan Para Menteri bersama rakyat mereka dalam menghadapi bebanan kos sara hidup yang kian meningkat.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan agar Kabinet turut mempertimbangkan agar bakal Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Dewan Negara serta Bakal Menteri dan Exco Kerajaan Negeri yang mengangkat sumpah selepas 1 Februari, 2024, juga tidak lagi menikmati sistem pencen sepertimana sebelum ini dan mereka juga hanya menerima caruman KWSP sepertimana penjawat-penjawat awam yang dilantik selepas 1 Februari, 2024. Ini sedikit sebanyak dapat meredakan kemarahan rakyat dan sekaligus memberikan kerajaan akan dilihat memberikan keadilan kepada semua.