Seiring cadangan pelaksanaan
skim tidak berpencen kepada penjawat awam baharu, pengguna media sosial hari
ini menuntut langkah itu dikuatkuasakan terlebih dulu kepada semua lantikan
politik.
Selain membabitkan menteri dan timbalan menteri, reaksi pengguna
media sosial menerusi komen di Facebook Berita Harian Online mahukan langkah
sama turut diambil terhadap wakil rakyat membabitkan Ahli Parlimen dan juga
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Terdahulu, rancangan melaksanakan skim tidak berpencen kepada
penjawat awam baharu itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi, pada sidang medianya sempena lawatan kerja beliau ke Ibu
Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Kajang, petang tadi.
Seorang pengguna media sosial, Ae Zal menyifatkan bayaran pencen
kepada wakil rakyat sebagai satu pembaziran.
“Bekas MP (Ahli Parlimen) & ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) patut tidak
berpencen… membazir,” komennya di ruangan Facebook Berita Harian Online hari
ini.
Berikut antara komen
pengguna di lama media sosial sama:
Muhammad Firdaus Selamat
Ali – “Mansuhkan juga pencen para barisan menteri dan semua
wakil rakyat yang ada dalam negara ini…. adalah sangat merugikan duit kerajaan
bayar pencen kepada mereka ini semua.. tukar sajalah kepada skim KWSP (Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja).
Hadi Ghazali – “Sepatutnya
pencen Ahli Parlimen dan ADUN serta bekas-bekas menteri dihapuskan.
Singh Singh – “Sama-sama (mansuh) dengan semua menteri-menteri, bekas MP
(Ahli Parlimen) dan lain-lain.
Shahrulnizam Aberd – “Kalau
menteri yang servis tak sampai lima tahun tu tak ada pencen tu memang patut la
kan? Pencen ni pun untuk orang yang servis sekurang-kurangnya 30 tahun jer kan?
Kalau nak samakan dengan private (swasta),
bonus pun kena sama dengan private (swasta) juga
la.
Shukur Shukri – “Menteri
pun sama tiada pencen… bagi adil.
Dean Nadzri – “Buat
sekali pada YB, menteri dan seangkatannya…. Baru adil… Ni jadi sepenggal
(berkhidmat) dah boleh dapat full (penuh)
pencen…,”.
Muhammad Zuhairie – “Pencen menteri, ADUN dan Ahli
Parlimen patut sangat dimansuhkan,” katanya.
Sementara itu, ada juga dalam kalangan netizen yang menganggap
wajar jika pemansuhan skim bayaran pencen hanya membabitkan wakil rakyat saja,
bukannya semua penjawat awam.
Sebagai contoh Rashid Hamat melalui komennya berkata,
“Pemansuhan pencen khusus untuk barisan menteri dan wakil rakyat sahaja. Pencen
penjawat awam dikekalkan dan perlu ditambah amaunnya,” katanya.
Jabatan Perkhidmatan Awam ketika ini sedang menerajui Kajian
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA), yang akan menjadi dasar baharu
kerajaan khususnya berkaitan kaedah berpencen penjawat awam.
Ketika ini, semua penjawat diberi dua skim pencen pilihan sama ada untuk
menerima bayaran pencen tetap sebulan selepas berpencen atau mencarum di
KWSP.
Minggu lalu, Laporan Interim 1 Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan
Awam (SSPA) sudah pun diserah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali bersama Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam (KKPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Sumber – https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/01/1204337/mansuh-dulu-skim-pencen-wakil-rakyat-menteri-netizen