KEPALA BAPAK BETOI. HANG BODOWWW,....TU BUKAN MAKI TUAN TUAN . TU PUJI PUJIAN.



 Wah wah wah! CEO kelab bola sepak di utara tanah air ditahan kerana menerima rasuah berjumlah lebih RM6 juta di tahun 2020! Selain CEO, ada dua lagi pegawai perunding kelab tersebut juga ditahan. Kelab mana tu? Berita penuh di http://tinyurl.com/mtk5p3f3.


Khabarnya lagi, duit rasuah tu dimasukkan ke dalam akaun kelab bolasepak tersebut. Fuh! Kira niat murni la ni, kan? Rasuah untuk bantu kelab dia. Tapi tersebar cerita ada kelab yang 5 bulan tak bayar gaji pemain. Di utara tanah air juga tu. Adakah ia kelab yang sama? 


Kalaulah kelab yang sama, duit tu ke mana pulak ye? Kalau duit masuk akaun kelab tapi pemain tak dapat gaji, jadi duit tu siapa yang belanjakan? Atau duit tu sekadar singgah je ke akaun kelab sebelum pergi ke hentian yang abadi? Tanya je ni. Tak tuduh sesiapa.


Dikisahkan rasuah tu sebagai balasan kerana bantu syarikat tu dapat tender untuk bina litar lumba serta projek berkaitan lima loji takungan air. Ooh... Patutlah litar lumba tak siap-siap. Masalah air pun tak boleh nak selesai. Duit syarikat habis buat bayar rasuah.


Tapi kelab mana eh? Entah la. Dalam laporan tu cuma sebut kelab di utara tanah air je. Mungkin Penang kot. Sebab Penang kan negeri DAP! Tapi tak apalah. Baru reman. Masih dalam siasatan lagi. Belum disahkan bersalah. Tunggulah sampai dibicarakan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.