Aku tengok sedutan podcast antara 3 tokoh ini cerita tentang gelaran ulama. http://tinyurl.com/bdhbn4za.
2018 lagi aku dah menulis akan perlunya satu badan penarafan ulama. Ini bagi memastikan bukan sesiapa pun boleh digelar ulama. Hatta gelaran ustaz pun kena diberi perhatian.
Sebab kita tak mahulah pegawai kerajaan yang pencen tiba-tiba jadi ustaz sebab jawatan dalam parti. Atau penceramah motivasi tapi selalu selitkan dakwah pun dipanggil ustaz.
Kerana mereka ini yang bahayanya, bukan kenal hadits pun. Itu yang sampai hadits palsu pun jadi amalan. Kalau kita nak kawal penyebaran hadits palsu, kawal dulu gelar agama ni. Bukan saja ulama bahkan gelaran ustaz sekali.
Badan penarafan ini biarlah terdiri dari mufti-mufti setiap negeri disertai tokoh lain dari dalam dan luar negara. Kemudian tauliah mengajar diberikan kepada mereka yang ada memegang gelaran sahaja.
Lebih penting kena wujudkan undang-undang, sesiapa yang guna gelaran secara salah atau palsu dihukum dengan hukuman yang berat. Macam pakai gelaran Dato' palsu.
Aku harap badan penarafan ini ditubuhkan secepat yang mungkin sebab kelihatannya semakin banyak orang yang tak berkelayakan gunakan gelaran ustaz dan ulama.
Lebih bimbang lagi bila penyokong mereka bersikap taksub buta hinggakan mereka ini tak boleh dikritik atau ditegur langsung. Jika dibiarkan, tak mustahil ini akan menjurus kepada masalah yang lebih besar nanti. Guane boh?
Raja Gelap II
.