Rakyat Malaysia tidak seharusnya terpengaruh dengan sebaran
maklumat palsu di media sosial kononnya mikrocip akan dimasukkan ke dalam
anggota badan apabila sistem maklumat penduduk Malaysia digitalisasikan
sepenuhnya melalui Pangkatan Data Utama (PADU).
Setiausaha Gabungan Reformis Malaysia (GRM) Kapten (B) Zulkifli
Othman berkata, tiada cip yang bakal dimasukkan ke dalam tubuh sebagaimana
filem aksi Hollywood, sebaliknya indentifikasi melalui ibu jadi sudah cukup
untuk pengesahan kepada sistem maklumat PADU.
"Kerajaan Madani baru melancarkan PADU namun ia sering
dipropagandakan oleh pihak pembangkang (secara menyimpang).
"Jadi saya menasihatkan rakyat supaya jangan takut dengan isu
yang dibangkitkan, kononnya rakyat akan dimasukkan cip dalam anggota badan.
"Ini semua merupakan fitnah. Kita dicipta oleh Allah ada ibu
jari yang tidak sama dengan seluruh manusia diciptakan," katanya.
Tegas beliau, niat Kerajaan Madani mewujudkan PADU cukup baik bagi
mendapatkan maklumat paling tepat setiap individu, terutama mengenai pendapatan
golongan rakyat yang layak diberi bantuan.
"Jadi dengan PADU ini kita dapat memuatkan satu rangka data
yang besar untuk melihat sendiri kedudukan rakyat kita
"Kita dapat memanfaatkan dan membantu seluruh rakyat (dengan
PADU) dan ketirisan dapat kita atasi," katanya lagi.