PMX BERTEMU BEBERAPA PENGERUSI SYARIKAT GERGASI JEPUN













 Dalam lawatan kerja ke Jepun, saya berkesempatan bersemuka dengan tiga syarikat utama Jepun yakni ROHM WAKO Co. Ltd, yang diketuai pengerusinya Datuk Yoshioka Yosuke; NEC Co. Ltd oleh naib presiden kanan Matsuki Toshiya dan Mitsui & Co oleh presiden dan ketua pegawai eksekutifnya Kenichi Hori.��Seraya diapit Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan, saya maklumkan hadirin dan memberi jaminan bahawa masih ada banyak peluang yang tersedia bagi pelabur Jepun di Malaysia.


Usai, saya juga sempat menyertai persidangan meja bulat dengan ketua-ketua industri di Tokyo dimana kesempatan itu saya singgung walaupun kerajaan Madani hanya baru berusia setahun, ia stabil, dengan dasar yang sangat jelas untuk memacu pertumbuhan Malaysia.�

Saya juga menzahirkan penghargaan dan kagum dengan sokongan yang ditunjukkan terhadap Malaysia semasa sesi persidangan meja bulat itu yang disertai 25 syarikat pelbagai ruang lingkup perusahaan.


Terima kasih Persatuan Ekonomi Jepun Malaysia (JAMECA) Malaysia atas usaha mereka membantu mengatur mesyuarat dan sesi persidangan meja bulat hari ini yang memberi peluang kepada ketua-ketua industri Jepun untuk berinteraksi secara langsung dengan delegasi Malaysia.


Sayugia, lebih banyak pelaburan dijangka akan dibawa masuk lagi tahun hadapan dengan sokongan semua pihak terkait.


#MalaysiaMADANI



No comments: