Kita Merdeka tahun 1957. Kemudian Malaysia ditubuh pada 1963. Sekarang dah lebih 66 tahun merdeka dan 60 tahun tahun Malaysia dibentuk, baru keluar cerita nak tetapkan cuma Melayu jadi PM. Kenapa?
Adakah semasa rundingan kemerdekaan dahulu, para pemimpin kita, yang hampir kesemuanya Melayu, tak terfikir nak letak perkara ini? Takkanlah pemimpin kita masa tu tak tersedar langsung. Atau apa?
Sebenarnya isu ini tak pernah berbangkit pun selama ini. Cuma sekarang saja. Dan sebabnya bukan kerana orang bukan Melayu mahu jadi PM. Tapi sebab adanya sebahagian Melayu yang hilang kuasa.
Fahamkan betul-betul. Bukan Melayu hilang kuasa tapi sebahagian kecil pemimpin Melayu hilang kuasa. Jadi mereka gunakan isu ini untuk tiupkan api kebencian bagi membolehkan mereka raih sokongan.
Bolehkah orang bukan Melayu jadi PM? Boleh, sebab tiada larangan perundangan. Tapi dapatkah itu terjadi? Mungkin, tapi bukan sekarang. Selama mana Melayu masih lagi majoriti, selagi itu susah untuk itu berlaku.
Paling utama, kuasa melantik PM adalah YDP Agong. Sudahkah hilang kepercayaan Wan Fayhsal terhadap DYMM YDP Agong hinggakan dia merasakan perlunya pindaan perlembagaan untuk perkara ini?
Jangan kita lupa, Kerajaan Perpaduan baru setahun ambil alih. Sebelum ini, PN dan PAS dalam kerajaan. Masa tu mereka tak sentuh langsung isu ini padahal mereka boleh saja buat kalau mahu.
Tapi tak. Sebab masa tu mereka ada kuasa, maka tak ingat isu yang sebegini. Hudud dan RUU355 pun lupa, apa lagi isu Melayu. Tapi sekarang baru nak berbunyi sebab nampak mereka boleh dapat laba politik kalau isu ini dimainkan. Itu hakikat sebenar.
Jadi rakyat yang cerdik tak usah terpengaruh dengan permainan isu serta hasutan kebencian dan prejudis kaum. Lebih baik kita tumpukan usaha untuk majukan diri dan negara. Itu lebih utama. Guane boh?
Raja Gelap II
.