ISTERI YANG BAIK TEMPATNYA DI SYURGA, INSYA-ALLAH








Rafizi Ramli


Jenazah allahyarhamah Nik Roslini Nik Mansor, isteri kepada Che Zam Hamzah selamat dikebumikan hari Jumaat lalu.


Che Zam adalah salah seorang aktivis reformasi & pimpinan awal KEADILAN di Wilayah Persekutuan sejak 1998. Beliau tidak pernah berhajat utk memegang jawatan politik & akan serta merta menolak jika diminta bertanding dalam pilihanraya. Namun beliau tidak pernah lekang dalam semua gerak kerja utama gerakan reformasi dan parti.


Bila saya gerakkan kempen INVOKE utk PRU14 & Ayuh Malaysia utk PRU15, beliau adalah salah seorang tulang belakang utama. Maka bila saya diberi amanah menjadi Menteri Ekonomi, saya memujuknya membantu saya sebagai Setiausaha Politik.


Che Zam & allahyarhamah isterinya menjalani latihan kerjaya sebagai akauntan bertauliah. Mereka mempunyai firma khidmat profesional sendiri sejak sekian lama yang diuruskan bersama.


Sebab itu Che Zam berkemampuan utk menyumbang seberapa banyak yg mungkin utk parti tanpa ganjaran, kerana isterinya yg mengambil alih beban menguruskan firma. Che Zam ada kelapangan utk bergerak ke seluruh negara selama lebih 20 tahun kami dalam gerakan reformasi kerana allahyarhamah Nik Roslini berada di Kuala Lumpur menguruskan perkara lain.


Bagi setiap lelaki yg ada sumbangan khidmat kepada masyarakat, ada isterinya yg tidak didendang yg memikul beban kerana tuntutan masa ke atas suaminya. Isteri inilah yang menenangkan, yg menyembunyikan masalah dari suami untuk dipikul sendiri, yang mempermudahkan segala-galanya.


Sementara seluruh keluarga besar KEADILAN berduka dgn pemergian allahyarhamah, saya bersyukur kerana Allah mempermudahkan semuanya untuk arwah.


Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir sekitar Subuh hari Jumaat. Jenazahnya disembahyangkan selepas solat Jumaat dengan jemaah yang besar. Dikebumikan selepas solat Jumaat dalam rintik-rintik hujan yg tenang & tidak panas terik.


Allahyarhamah memudahkan urusan orang lain semasa beliau hidup, terus memudahkan urusan yg masih hidup dalam pemergian sebagai hamba Allah.


Bertenanglah Che Zam & keluarga. Berdukalah. Dan bergembiralah kerana allahyarhamah adalah seorang isteri yang sangat baik.


Dan tempat seorang isteri yang sangat baik ialah di syurga, Insya-Allah!