YB Viral ni betul-betul viral ke eh? Ramai je yang tak kenal dia lagi. Viral amenda macam tu. Viral lagi si Iqbal tu kalau nak kira. YB Viral ni nak tunggang nama Rafizi untuk jadi terkenal je sebenarnya.
Pernah la ada orang tag aku kat video dia. Aku tengok, nak habiskan video tak berapa minit tu pun payah gila rasanya. Sebab kosong. Dia kata kerajaan gagal, tapi tak beri fakta gagal tang mana.
Contoh kita kata Mahiaddin dan PN gagal, ada sebab yang kita senaraikan. Ekonomi merudum, inflasi naik, pengangguran tinggi, harga barang keperluan asas melambung, ramai bunuh diri.
Banyak lagi nak senaraikan. Tapi dia ni, setakat ulang perkataan gagal je. Dah la bahasa tunggang langgang. Siksa aku nak habiskan tonton tapi aku habiskan juga sebab nak tengok dia bagi fakta tak.
Jadi sebab tu la dia takut nak berdepan dengan Rafizi. Bila dah ketakutan, itu yang debat jadi podcast pun dia buat alasan. Apa beza sangat pun? Yang penting hadir dan nyatakan hujah. Tak berani, kan?
Memanglah tak berani. Sebab dia tak ada hujah. Dia setakat sembang kosong je. Dengan Dayangku Intan dan walaun lain boleh la dia sembang. Tapi nak jumpa Rafizi, memang ketar lutut la.
Walaun patut malu. Ye la sebab yang walaun lambung lambungkan tu rupanya penakut. Spesis Raja Petra gak ni. Cerita hebat, tapi nak balik Malaysia tak berani. Memang walaun suka yang jenis penakut eh?
Ye la. Mahiaddin, Hamzah dan Hadi pun takut nak ke sidang parlimen kalau DS Anwar ada. Memang walaun spesis yang memuja penakut. Nak buat macamana. Dah begitu DNA mereka. Guane boh?
Raja Gelap II
.