KENYATAAN MEDIA TERBUKA



1. Saya menyokong dan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan Seksyen 498 Kanun Kesiksaan kerana wujudnya kepincangan dan ketidakadilan jantina dalam undang undang tersebut. Adalah tidak adil apabila hanya pihak lelaki sahaja yang boleh didakwa, manakala pihak wanita tidak tertakluk kepada undang undang tersebut dan tidak boleh didakwa atas kesalahan menggoda suami orang atau lelaki lain. 


2. Pembatalan undang undang ini bukan bermakna suami atau mana mana lelaki bebas menggoda isteri orang kerana masih lagi ada undang undang lain samada undang undang sivil atau syariah yang melarang perbuatan tersebut. Perbuatan menggoda isteri orang tetap haram dan dilarang dalam Islam dalam apa situasi sekalipun.


3. Bukan semua kesalahan moral atau kesalahan kekeluargaan perlu dijenayahkan atau diletak di bawah undang undang jenayah negara. Ada kesalahan wpun tidak dianggap jenayah di sudut undang undang jenayah negara, tetapi ianya dianggap jenayah di sudut enakmen jenayah syariah negeri. Kesalahan menggoda isteri orang adalah sebahagian dari kesalahan jenayah syariah. 


Che Ibrahim Mohamed

Bekas Hakim Mahkamah Syariah

Kota Bharu


17 Nov 2023



No comments: