ORANG SIBUK CARI PELABUR DIA SIBUK SALAHKAN ORANG


 Aku tertengok video seorang MB Kongostan Utara melayan wanita muda mungkin di live TikTok. 


Aku teringat DS Anwar. Sibuk betul PM kita ke sana ke mari. Semalam di luar negara, hari ni di parlimen, esok luar negara lagi. Sepanjang masa sibuk.


DS Anwar berusaha cari pelabur. Sibuk perkenalkan semula Malaysia di mata dunia selepas tercemar akibat krisis politik 2020 - 2022. Bak kata Tengku Zafrul, PMX jurujual terbaik Malaysia.


Tapi sang MB tu santai betul. Sampai ada masa nak bersenda dengan gadis-gadis di platform media sosial. Banyak betul masa dia. Bila masa dia kerja?


Tapi nak buat kerja apa kalau setiap masalah boleh salahkan PM dia. Masalah air, salahkan PM. Trek lumba motor gagal siap, salahkan PM. Airport tak jadi, salahkan PM juga. Pendek kata semua salah PM Kongostan Utara. MB tu suci.


Bila gagal mentadbir tapi semuanya boleh salahkan orang lain, buat apa nak kerja. Kan? Baik layan anak dara kat media sosial?


Tapi ni MB di Kongostan Utara tau. Nasib baik takde MB macam tu di negara kita. Kan? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.