IKI PUTRA

 IKI PUTRA 




Ramai yang minta saya terangkan kes di atas. Sebab banyak betul naratif di luar sana. Buat kes ni jadi bahan propaganda. Tambah2 nak dekat pilihanraya. 


Cerita nya macam ni. 


Ada seorang lelaki bernama Iki Putra didakwa atas kesalahan liwat pada tahun 2019. Tapi beliau dituduh bukan bawah Kanun Keseksaan. Tapi bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor. 


Senang cerita kes dia bukan polis yang siasat. Tapi pegawai agama. 


Makanya, lawyer dia cabar lah Enakmen Syariah Negeri tu. Katanya salah pakai undang2. Patutnya dibuat bawah Kanun Keseksaan. Undang2 bawah Kerajaan Persekutuan. 


Makanya, pada tahun *2021*, Mahkamah Persekutuan putuskan. Enakmen Syariah tu terbatal kerana langgar Perlembagaan. 


Sebab apa? Sebab di bawah Perlembangaan, perkara jenayah adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Bukan Kerajaan Negeri.  


Makanya, bangkitlah pejuang bangsa guna ini jadi modal politik kaum dan agama. Tapi masa tu tahun 2021, Kerajaan Tebuk Atap masih lagi berkuasa. Takde la bunyi sangat. 


Sekarang sebab nak pilihanraya isu ini bangkit semula. Katanya Kerajaan sekarang liberal 😅 walhal tahun 2021 dah diputuskan Mahkamah. 


**************************


Ini satu benda yang kita kena paham betul2. Kenapa undang2 jenayah perlu diselaraskan di peringkat Nasional. 


Contoh kes Iki Putra tu. 


Kalau bawah Enakmen Syariah Negeri, kesalahan meliwat hukumannya denda max RM5ribu, penjara hanya 3 tahun atau 6 kali sebatan. 


Kalau bawah Kanun Keseksaan, kesalahan yang sama boleh dikenakan sampai 20 tahun penjara serta sebatan. 


Kesalahan yang sama, tapi hukumannya berbeza2. Daripada segi keadilan, macam mana tu? Orang Selangor kena 3 tahun. Luar selangor kena 20 tahun. 


Dalam Selangor pula, yang Muslim terpakai undang2 Syariah kena 3 tahun sahaja. Yang non Muslim ikut Kanun Keseksaan kena sampai 20 tahun pula. Padahal kesalahan yang sama? Mana keadilannya? 


***********************************


17 Ogos ini ada suatu lagi kes. Kes Nik Ezlin. Kes ini mencabar undang2 Jenayah Syariah Negeri Kelantan pula.  


Ada 20 undang2 syariah baru yang mereka pinda dan masukkan. Termasuk lah lawan cakap ibu bapa, buat tatoo dan pembedahan muka. 


Ada juga kesalahan hubungan seks luar tabie dengan haiwan (bestality). 


Undang2 Bestality ini juga ada dalam Kanun Keseksaan. Boleh kena 20 tahun penjara beserta sebatan. 


Tapi bawah Enakmen Syariah Kelantan, hukuman hanya 3 tahun penjara dengan denda RM5ribu saja. Dan ini hanya terpakai kepada orang Islam. Orang bukan Islam bagaimana pula. Takkan hukuman berbeza? 


Ini yang mengelirukan. Itu sebab ada cabaran. Mereka guna keputusan kes Iki Putra. Supaya undang2 nya ada penyelarasan. 


**********************************


Tapi pejuang NGO acah2 terpaling Melayu, semua ini mereka taknak bgtau. Kes yang diputuskan oleh tahun 2021, yang panel hakimnya hampir semua Melayu dah bagi rasionalnya. 


Perlu ada penyelarasan undang2 semua negeri. Kerana undang2 jenayah ini bukan saja impak orang Islam. Tapi orang bukan Islam juga. 


Kalau kesalahan tak overlap saya rasa ok je. Macam murtad, zina dan judi. Tu tak terpakai kepada non Muslim. Boleh lah Kerajaan Negeri buat. 


Tapi kalau yang dah ada bawah Kanun Keseksaan, pada2 la. Takkan la nak ada juga dalam Enakmen negeri? Macam mana nak kuatkuasakan itu nanti? 


Nanti ada la yang kata saya ni SIS la liberal la. Saya cuma bagi fakta sebenar. Supaya orang tahu the whole picture. 


Demam plihanraya ni ramai yang menangguk di air keruh. Selalunya orang begini hanya akan dapat lumpur. 


Bak kata SS, Cer cer poh poh… Jangan suka main dalam lumpoh.. (ok, lame ✌🏼😅) 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



No comments: