Tak salah pendapat TMJ ni. Tapi baginda memberi pendapat sebagai seorang anak raja. Manakala DS Anwar pula seorang ahli politik.
Banyak kali aku tulis, ahli politik mesti popular. Jika gagal untuk popular, alamat akan hancurlah kerjaya sebagai ahli politik.
Sebab itu ada ahli politik sampai mencarut, maki hamun, terjerit-jerit dan sampai buat fitnah semata mata untuk kekal popular.
Jadi langkah populis itu penting bagi seorang ahli politik. Jika silap langkah, kerajaan yang diterajui tak akan kekal lama.
Lagi satu, kerajaan yang ada ini bukanlah kerajaan PH. Tapi kerajaan campuran. Didukung pelbagai parti dengan pelbagai latar belakang.
Dalam membuat keputusan, DS Anwar perlu fikirkan kepentingan parti gabungan. Jika tidak kerajaan ini akan jadi tak stabil.
Pendapat TMJ ni tak salah. Tapi tindakan DS Anwar juga betul. Mereka bercakap dan bertinddak ikut situasi masing-masing. Guane boh?
Raja Gelap II
.