Nur Hadi
Akal yang kurang waras tak mampu membezakan 'prop' pakaian anggota pertahanan negara dgn 'prop' senjata yang menggambarkan situasi peperangan di Gaza yg sedang berlaku sekarang.
Memakaikan anak-anak dgn seragam tentera di sekolah untuk semangat patriotik contohnya dalam program sambutan kemerdekaan tidak sama dgn memakaikan mereka pakaian serta senjata yg berimejkan sebuah kumpulan tertentu di luar negara yang sedang berperang.
Peperangan bukan perkara 'suka-suka' atau menyeronokkan. Tanyalah mana-mana veteren askar di dalam atau di luar negara, siapa yang mahu berdepan dgn peperangan dan pertumpahan darah sekali lagi. TIDAK ADA. Jadi apa motif mendedahkan kanak-kanak di sekolah yang belum matang akal fikirannya dengan memegang 'senjata' dalam tempoh kritikal ini?
Adakah dalam mana-mana himpunan menyokong Palestin kita membenarkan mana-mana pihak membawa replika senjata? Kalau ada sudah pasti 'ke dalam'. Hadamkan betul-betul bahawa menyokong perjuangan Palestin perlu difokuskan kepada seruan perdamaian, bukan meraikan peperangan. Masih menganggap tindakan kanak-kanak membawa 'senjata' di sekolah itu 'tiada masalah'?
Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam temubualnya di rancangan Keluar Sekejap mengakui terganggu dgn video yg memaparkan kanak-kanak di sekolah memegang 'senjata'. Malah baginda sendiri terus menghubungi Menteri Pendidikan dan berpesan supaya mengawal program Solidariti Palestin di sekolah-sekolah dgn pengisian yang lebih bersifat kedamaian.
TMJ yang merupakan anggota tentera, menamatkan latihan ketenteraan selama 8 tahun, termasuk 6 tahun di Akademi Tentera India sendiri melihat ianya tidak wajar. Entah kenapa kita orang awam termasuk seorang mufti tidak melihat ianya tidak salah.
Kita sedang hidup dalam sebuah masyarakat yang sakit.