KEGAGALAN MENTERI PENDIDIKAN : Program solidariti Palestine di sekolah tersasar.


 Program solidariti Palestine di sekolah tersasar.











Mohammad Zarul Al-Qasas



1. Firman Allah didalam Al Quran surah

Al Ma'idah ayat 8 yang bermaksud


"Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. 


Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap suatu kaum, membuatmu berlaku tidak adil. 


Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa.


 Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."


2. Semua orang tahu bahawa DrMaza benci kepada DAP. Kebencian itu lah yang menyebabkan DrMaza dahulunya setuju projek tebuk atap yang menjatuhkan kerajaan PH1.0 dan menyebabkan huru hara covid dan pengurusan covid yang tidak efisien seterusnya menyebabkan kematian yang tinggi dan kerosakan ekonomi. 


3. Hari ini DrMaza menyerang DAP sebab komen pemimpin DAP terhadap program solidariti Palestine di sekolah dimana guru dan budak-budak sekolah memakai kostum pejuang Hamas dan bersenjata (mainan)


4. Selain DAP sebenarnya ramai lagi pihak yang mengkritik penganjuran seumpama itu kerana ianya tidak sesuai dengan pelajar sekolah dan tidak membantu menyedarkan isu Palestine sebenarnya. 


Ia juga tidak membantu pelajar bukan Islam memahami isu Palestine. 


5. Beza dengan program PMX di Axiata selepas balik dalam siri rundingan dengan negara kuasa Islam seperti Arab Saudi, Turkiye dan Mesir.


6. Program di Axiata menekankan soal kemanusiaan, hak asasi dan keadilan.


7. Kita dapat melihat rakyat berbilang kaum turut turun sertai solidariti terhadap Palestine. 


8. Pemimpin bukan Islam seperti wakil Agama Budha dan Kristian turut berucap.


9. Ada lelaki India yang mengangkat plakad "Tamil for Palestine "


10. Tiba-tiba anak-anak sekolah yang masih kecil dipakaikan kostum pejuang hamas dengan senjata ditangan.


11. Dengan iklim politik yang masih panas, termasuk ugutan bunuh dan bom kepada pemimpin kerajaan,  memakaikan kostum "pejuang hamas" adalah tidak sesuai dan memberikan kesan yang tidak pasti kepada pelajar tersebut.


12. Oleh itu tindakan tersebut perlu dihentikan dan wajar dikritik.


13. Orang dewasa pun semasa demo di KL tidak memegang senjata walaupun mainan.


14. Oleh itu tindakan Mufti Perlis untuk menanamkan kebencian kepada DAP hanya kerana teguran atas perkara tersebut adalah memalukan.


15. Memalukan kerana Dr Maza selaku mufti gagal untuk berlaku adil seperti mana anjuran ayat Allah dalam Surah al-Maidah.


Penutup

Berkata benarlah walaupun pahit. 

Semua perkara yang menjurus kepada perbuatan ekstrimis wajib ditolak dari peringkat awal. Jihad ada kaedahnya dan ada saluran nya.


Malaysia walaupun sebuah negara Islam, namun sekitar 47% rakyat adalah bukan Islam. Kaedah lebih lunak perlu dilakukan untuk memahamkan mereka isu Palestine berbanding mengangkat isu jihad di sekolah.


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka

#KPKualaKrau

#PeneranganPKRPahang 



#MalaysiaMadani 

#KerajaanPerpaduan 

#PMX



No comments: