Ni memang legend.
Hadi merengek cakap bukan Islam cuba mencabar undang-undang Islam. Siap ugut lagi nak ambil tindakan kalau PH tak bertindak.
Rupanya dalam Muktamar baru-baru ini, PAS ada jemput peguam kepada Loh Siew Hong. Siapa Loh ni sebenarnya sampai jadi isu?
Loh adalah individu yang mengemukakan cabaran undang-undang bagi membatalkan pengIslaman tiga anaknya di mahkamah.
Dalam kes tersebut, Loh telah diwakili oleh peguam bernama Shamser Singh Thind. Peguam inilah yang dijemput oleh PAS ke muktamar.
Lebih menarik lagi, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibharim dengan bangganya bergambar di sebelah peguam tersebut. Tak pelik ke?
Tindakan sang peguam mewakili Loh memang tak pelik. Tindakan Loh buat tuntutan itu juga tak pelik. Yang pelik cuma tindakan PAS.
Dalam pada menuduh PH menyokong pihak yang mencabar undang-undang Islam, PAS sendiri yang meraikan individu terbabit.
Tapi aku yakin, lebai akan keluarkan dalil. Sebelum lebai keluarkan dalil, walaun akan keluarkan dalil terlebih dahulu. Betul tak betul, belakang kira.
Inilah wajah hipokrit PAS. Bila mereka buat, semua jadi halal. Kalau orang lain, tak buat pun dia tuduh buat. Kemudian kata orang itu berdosa.
Sikap PAS ini bukan saja merosakkan imej Islam, bahkan boleh menimbulkan perpecahan antara kaum. Memang PAS parti perosak. Guane boh?
Raja Gelap II
.