Tindakan Taki dan PAS/PN mentertawakan ugutan terhadap PM adalah usaha terdesak mereka untuk membela dan menutup kekejaman rejim Zionis.
Sebelum itu, Taki menyebut PM sebelum-sebelum ini pun lantang mengutuk Israel tapi tak pernah pun mengaku menerima sebarang ugutan.
Hakikatnya, di antara kesemua PM yang kita pernah ada, cuma Mahathir sahaja yang lantang dalam isu Palestin ini. Selain dari Mahathir, semua penakut.
Sebab itu, serangan terhadap ringgit di tahun 1998, ada kemungkinan disebabkan kelantangannya. Biar aku benci orang tua tu, tapi kena akui dia memang lantang dalam isu Palestin.
Tapi dia sajalah. Siapa lagi? Ismail? Syok sendiri cakap Melayu di PBB. Tak ada orang faham sebab Bahasa Melayu tak disediakan penterjemah.
Macam orang gila cakap depan tunggul. Cakaplah apa pun, siapa peduli. Itu nak dikatakan berani? Eh lagi berani budak RXZ lari sekatan jalanraya la.
Mahiaddin lebih lagi sampahnya. Tak dengar pun dia sebut isu Palestin. Nak jumpa wartawan pun tak berani, apa lagi nak cerita isu yang kritikal sebegini.
Bahkan ketika PN berkuasa, pendirian Malaysia adalah berkecuali. Lantang apa bendanya kalau setakat nak berkecuali. Itu pengecut namanya.
Tapi DS Anwar berbeza. Beliau berjumpa dengan ramai ketua negara Arab, gerakkan mereka untuk berpadu tenaga membantu Palestin.
Kalau Mahathir yang hanya bersuara pun ditekan dengan serangan terhadap matawang kita, apakah DS Anwar yang mengajak negara Arab bangkit akan dibiarkan?
Jadi tak pelik pun DS Anwar diugut. Dan tak perlu pun untuk DS Anwar dedahkan siapa yang ugut kerana itu akan membawa komplikasi yang lain.
Masalahnya, yang PAS/PN nak gelakkan tu kenapa? Bukan DS Anwar kata pembangkang yang ugut pun. Tapi pembangkang yang terlajak meroyan.
PN terasa ke? Cuba paha zionis, paha PAS/PN yang terasa sakitnya. Kenyataan DS Anwar memberi imej buruk terhadap zionis dan penyokong mereka jadi PAS cuba lindungi imej zionis. Begitu?
Sayang sekali, parti yang menyamar gunakan nama Islam ini mengenepikan sama sekali kepentingan umat Islam yang ditindas di Palestin tapi sebaliknya cuba menunggang isu.
Lebih dari itu, bila muncul rakyat Malaysia yang bersungguh membela Palestin, mereka perlekehkan pula. Seakan PN membenci perjuangan Palestin.
Nak kritik dan kutuk isu nasional, soal belanjawan, soal tandas sekolah, isu subsidi, silakan. Memang tu pun kerja pembangkang. Betul pun dia bangkang.
Tapi dalam isu Palestin, sebagai muslim, sebagai manusia, seharusnya diketepikan ideologi politik dan bersatu. Kezaliman mesti keras ditentang.
Sebelum ini aku ada tulis, tak mustahil zionis akan tekan PMX dan tak mustahil kalau ada pihak dalam negara yang bekerjasama. Harapnya PN tak sampai tahap sanggup jadi barua zionis sebab kemarukkan kuasa. Guane boh?
Raja Gelap II
.