TAHNIAH BUAT YANG DILANTIK

 




Usai mesyuarat petang tadi, saya sempat menzahirkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia Dato’ Anis Rizana Zainudin, dan Akauntan Negara Malaysia Puan Nor Yati Ahmad yang telah dilantik baru-baru ini. Turut bersama saya Timbalan Menteri Kewangan II dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.


Saya ingin menyeru kepada syarikat korporat dan swasta untuk menyahut sasaran Kerajaan yakni sekurang-kurangnya 30% dari kalangan wanita sebagai pembuat keputusan atau ahli lembaga pengarah syarikat tercapai. Peratusan di sektor swasta masih rendah berbanding sektor awam yang kini melebihi sasaran iaitu 38%, setakat Februari lalu.


Wanita memainkan peranan yang sangat penting dalam menyumbang kepada kemajuan negara seiring dengan prinsip Malaysia MADANI dan ia mesti diperteguh dengan langkah dan tindakan yang mencakup persoalan ini secara tuntas. 


#MalaysiaMADANI


No comments: