Mari kita kaji umur 4 Perdana Menteri terawal dilantik jadi PM:
PM1 umur 54 tahun
PM2 umur 48 tahun
PM3 umur 54 tahun
PM4 umur 56 tahun
Selepas ni, succession plan kita hancur. Bila mana TPM PM4 dipenjarakan. Kita angkat PM5 berumur 64 tahun. Era nya pun singkat sekali.
Selepas dia, kita semangat kembali. PM6 berumur 54 tahun. Nampak bijak, gagah dan meyakinkan. Malaysia surely akan ke hadapan. Namun bukan panas hingga ke petang, turun hujan di tengah jalan.
Selepas episod ini, kelam kabut Malaysia. Seat PM jadi musical chair. Perebutan Pemimpin Boomers dan Dinosaur. 3 kali bertukar dalam satu penggal. Rakyat pun naik bosan.
PRU15, diangkat PM10 yang jadi PM tepi 24 tahun lamanya. Umurnya 75 tahun. Ini pada saya kepimpinan tertunda. Episod bersejarah dalam negara.
Beliau ada 5 tahun ini untuk buktikan segalanya. PRU16 tidak pasti lagi beliau relevan. Bergantung pada prestasi reformasi.
Namun, ada juga poltikus Boomers nak jadi PM lagi sekali. Kalau2 PM10 tersasar jadi Perdana Menteri. Ini pada saya sedih sekali.
PRU16 nanti, golongan Millenials dan Gen Z akan jadi pengundi teramai. Mereka alert IT, AI dan semua maklumat di hujung jari. Tapi yang nak jadi Perdana Menteri, lahir sebelum merdeka lagi? Seriously?
Takde la saya nak PM kita umur bawah 40an. Set2 muda yang kurang pengalaman. Yang ada puppet master di belakang. Dan hanya pandai show tantrum.
Apa kata kita balik kepada trend sebelumnya? Lantik PM bawah umur 60. Yang sedang2 elok nak memerintah negara.
PMX perlu buat succession plan sudah. Max pun dia boleh bertahan 2 penggal. Selepas itu, kena pass batton pada yang lebih muda. Moga dari sekarang kita dah mula.
Sudah2 negara dipimpin oleh politikus dinosaur. Simply said, mereka perlu let go.
Sudah2 la duduk dalam bubble, hanya anda saja yang layak memerintah negara. Generational Gap perlu ada.
Kalau tak habis negara. Geng Boomers ini berdendam dan buat porak peranda.
Salam hormat,
Liyana Marzuki