MERAPULAH KJ KALI INI….



Di sebalik banyak gesaan agar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Muar berikutan tindakannya menarik diri daripada menyokong kerajaan perpaduan, pemimpin UMNO yang terkeluar sekejap, Khairy Jamaluddin nampaknya mempertahankan Presiden Muda itu.


Kata bekas Menteri Kesihatan itu, Syed Saddiq adalah Ahli Parlimen yang jujur dan masih berpegang kepada dasar PH iaitu tidak bekerjasama dengan UMNO dan Ahmad Zahid Hamidi.


“Syed Saddiq ini adalah berprinsip. Dia masih lagi berpegang kepada anti-Hoi Hoi Ya Hoi. Yang lain semua Hoi Hoi Ya Hoi.


“Jadi jika kamu minta dia letak jawatan dan kosongkan kerusi, anda yang sepatutnya kosongkan kerusi kamu dahulu,” tambah beliau.


Khairy Jamaluddin atau KJ menegaskan, pengundi pada PRU15 lalu menyokong PH terutamanya adalah kerana pendirian gabungan itu untuk tidak bekerjasama dengan UMNO dan Zahid Hamidi.


Sambil mengatakan tidak perlu untuk


Syed Saddiq meletakkan jawatannya, KJ sebaliknya berkata, pemimpin-pemimpin PH yang sepatutnya mendapatkan mandat baru daripada rakyat kerana melanggar janji mereka sendiri.


Sebagai makluman, Muda bukanlah komponen PH tetapi Syed Saddiq telah memetrai MOU dengan PH sebelum PRU15 lalu untuk mengelakkan pertembungan dan bagi mewujudkan proses saling membantu.


Disebabkan adanya MOU tersebut yang disertai dengan PH tidak meletakkan calonnya itulah yang menyumbang kepada kemenangan Syed Saddiq di Muar.


Jika Syed Saddiq bertanding atas tiket Muda dan PH juga neletakkan calon, nasibnya di Muar pasti tidak jauh berbeza dengan Pejuang dan GTA yang hilang deposit di semua kawasan yang mereka tandingi.


Dengan itu, ikut logik akal, apabila Syed Saddiq tidak lagi menyokong kerajaan perpaduan yang ditunjangi PH, menggesanya meletak jawatan adalah sesuatu yang wajar dan munasabah.


Setidak-tidak bolehlah sama-sama kita lihat sama ada Syed Saddiq masih boleh menang atau tidak di Muar tiket Mudanya itu.


Dalam konteks PH bekerjasama dengan UMNO selepas PRU15, ia bukanlah bermakna prinsip dan janji pilihan raya telah dilanggari.


Semua orang faham keputusan PRU15 lalu telah menyaksikan tiada mana-mana parti beroleh majoriti untuk membentuk kerajaan sendiri.


Atas kemelut itu dan untuk mewujudkan kestabilan politik, Yang Dipertuan Agong lalu menitahkan agar dibentuk sebuah kerajaan perpaduan.


Dalam proses mendapatkan persetujuan ke arah itu, Mahiaddin Md Yasin yang mewakilli PN awal-awal lagi selepas mengadap Agong, telah membuat pendirian menolak untuk berada dalam kerajaan perpaduan.


Setelah PN rnenolak, apa lagi pilihan yang ada buat PH yang memiliki 82 kerusi Parlimen ketika itu?


Apakah mahu dibiarkan negara tiada kerajaan dan kemelut politik berpanjangan?


Cuba ketika itu Mahiaddin menyatakan sedia bekerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan perpaduan demi mematuhi titah Agong dan bagi mewujudkan kestabilan politik dalam negara, apakah kerjasama PH dengan UMNO masih wujud?


Takkan benda simple macam ini pun KJ masih tak boleh faham sampai sekarang?


Lagi pun kalau Syed Saddiq seorang yang berprinsip dan memang menolak kerjasama PH dengan UMNO sejak awal lagi, kenapa sebelum ini beliau memberi sokongan?


Merapulah KJ kali ini…-ShahbudinHusin 14/09/2023.


https://shahbudindotcom.net/#google_vignette



No comments: