Hapus kemiskinan tegar dahulu sebelum laksana GST


 Kerajaan memerlukan masa sesuai untuk melaksanakan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Bercakap dalam sesi khas Sidang Kemuncak Asia Ke-10 Institut Milken di Singapura pada Rabu, Anwar menegaskan terdapat beberapa perkara perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum cukai itu 'layak' dilaksana supaya dapat mengelakkan golongan kurang berkemampuan dari terjejas dengan langkah tersebut.


Ia antaranya memastikan miskin tegar dapat dibasmikan, menyelaras semula subsidi dan meningkatkan taraf hidup masyarakat.


"GST adalah sistem cukai paling telus dan efisien tapi bila nak dilaksana, bergantung kepada keadaan, sebab bila ada yang hidup miskin tegar, kita kena perkenal polisi cukai progresif polisi broad-based yang akan beri kesan kepada orang miskin.


"Jadi kena bagi sikit masa, tapi adakah kita tak buat apa-apa langsung.. tidak, tapi kita kena perluas cukai. Tetapi ia dimulakan dengan mengurangkan subsidi untuk orang kaya, sebab bila kita perkenal rasionalisasi subsidi.


"Kita tak subsidi semua orang termasuk yang kaya," katanya dipetik.


Pada masa sama, kata beliau, pelaksanaan semula GST perlu mengambil kira isu-isu lain seperti subsidi petrol dan penyeludupan di sempadan.


"Jadi subsidi yang dipraktikkan sekarang perlu dirasionalisasikan untuk ekonomi, kita dapat kurangkan subsidi dan jimat berbilion ringgit.


"Kita perlu mula tingkatkan tatakelola, hentikan ketirisan, korupsi dan bergerak ke depan. Kalau nak kata (pelaksanaan) dalam beberapa tahun akan datang, adalah bila isu miskin tegar dapat ditangani, tingkatkan taraf hidup rakyat, lepas itu baru bergerak ke sistem cukai broad-based," tambah beliau yang juga Menteri Kewangan.

2 comments:

Anonymous said...

wanista Singapore as an interview program, black kneecaps may be a trend these days, above the name of global women

Anonymous said...

Idea mca tu mengarutlah Lu byrla nk minta kami org susah ni byr MALAM SIKIT…! Dsai ni ha penyangak dlm bn x pyh layan..klu nk buat jugak biar T20 yg byr kami B40 dikecualikan…