BUKAN TAK BERSIMPATI. SALAH TETAP SALAH.

 





Isu ni isu penguatkuasaan. Aku personally rasa agak keras JPJ terus sita motornya tapi aku sendiri pun ada pengalaman kemalangan dengan kereta yang insurans dah expired. Aku kena repair sendiri kereta aku. Dah la nak raya masa tu 


Tapi aku pelik orang kaitkan dengan pendatang asing bawa motor. Apa kena mengena?


Yang dipersoal, kenapa pendatang asing tu tak kena sita motornya. Ya juga. Kenapa eh?


Mudah je jawapannya. Sebab pendatang asing tu tak lalu sekatan jalan raya. Kalau lalu pun, dia ada lesen, cukai jalan dan insurans, lepaslah dia. Soal dia ada permit atau tidak, itu bukan urusan JPJ.


Lelaki ni pun, insurans dia dah tamat tempoh dari Februari. Dah 7 bulan dah. Selama 7 bulan tu dia tak kena. Kenapa? Sebab dia tak lalu road block salama tu. Andai kata bulan Mac hari tu dia dah lalu road block, masa tu lagi dia dah kena.


Aku tak sokong sesiapa. Ini soal lelaki tu dengan JPJ. Aku cuma nak ulas tentang orang yang kaitkan dengan pendatang asing dikatakan bebas bawa motor. Benda tu tak ada kena mengena. Berhentilah mainkan sentimen begitu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


2 comments:

Anonymous said...

Tengok hujah hujah mereka bercakap semborono... engkau orang semua ada bukti ke atas setiap hujah yang engkau orang viralkan... cakap ikut sedap mulut

Undang undang tetap undang undang dan tidak mengira warna parti politik

Siapa tidak bersimpati ? tapi mamat itu patut ada sikap tanggungjawab terhadap dirinya dan orang lain... ingat pengawai penguatkuasa tu rasa amat bangga ke dapat buat macam tu, dia pun terpaksa ikut undang undang

Nampaknya p-hailing/e-hailing ini mesti mewajibkan kepada mereka yang berkerja dengan mereka memberi salinan lesen, road tax, insurance cover note yang sah pada masa mereka memohon dan syarikat wajib monitor mereka bila sampai tarikh luput, ini adalah untuk kebaikan pekerja mereka di sisi undang undang bila terjadi kemalangan / maut

Anonymous said...

ermtah!!wrong is still wrong but you can't run away from the feeling of compassion which is that our discretion is not robotic but our brand is human, sometimes we need to be assertive sometimes we need to give in..