TANAMKAN TABIAT MAKAN DIKALANGAN RAKYAT

 



MAKAN


Orang kata hidup ini untuk makan. Tapi Orang Jepun anggap makan ini untuk hidup. 


We are what we eat. 


Dulu dalam dalam kurun ke-19, negara Jepun negara mundur. Dengan segala bencana, diperintah oleh Kerajaan Tentera. Salah guna kuasa merata. Rakyat nya pun sengsara. 


Sesudah hidup merempat, Rakyat pun bangkit melawan, mahukan kembali Maharaja memerintah. Makanya, Maharaja Meiji naik takhta. Episod ini digelar Meiji Restoration. 


Maharaja Meiji tengokkan rakyatnya daif sekali, buat suatu polisi. Polisi membudayakan makan makanan baik. Galakkan rakyatnya makan daging dan ikan, dan lebihkan protein. Galakkan rakyatnya makan seaweed, untuk iodin. 


Kajian tunjukkan, pemakanan seaweed tinggi, yang buatkan rakyat Jepun rajin. Iodin di dalamnya yang buat kita energetic. Omega dalam ikan mentah pula, buat rakyat lagi cerdik. 


Hasilnya, dalam 40 tahun selepas Meiji Restoration, Jepun jadi negara pertama yang cipta kereta elektrik. Perindustrian pesat sekali, banyak bijak pandai jadi saintis. 


*************************


Selepas perang dunia ke-2 pun sama. Bila Jepun kalah perang, makanan pun terhad. Makanya, mereka buat suatu Akta. Akta Diet Negara 1948. Mereka panggil saintis, untuk tentukan mana makanan yang sihat, dalam sumber mereka yang terhad. 


Doktor2 dan dietitian pun ditugaskan di seluruh negara, buka kelas masakan belakang boot kereta. Ajar rakyat macam mana nak makan cara sihat. Agar rakyat makin kuat. 


Budak2 di sekolah ada program khas pemakanan. Diberi susu dan makanan lengkap vitamin. Tak kira darjat. 


Hasilnya… Dulu2 orang Jepun ramai pendek dan bantut belaka. Sekarang punya tinggi. Atlet mereka pun tinggi dan sasa lebih kurang omputih. Dari aspek sukan pun mereka semua boleh. 


Punca nya ialah makan. Yang diangkat sebagai agenda nasional. Untuk pelaburan generasi masa depan. 


*************************


Dulu masa zaman Jepun, Opah saya bgtau. Sebab takde ikan salmon di sini, Orang Jepun tiap pagi makan sesudu minyak kelapa sawit. Untuk dapatkan omega dan vitamin. Sekali bebudak sekolah pun depa bagi. 


Sekarang Malaysia, hadapi masalah kebantutan. Rakyat kita makin pendek berbanding penduduk serantau. Punca sebenarnya adalah pemakanan. 


Dari aspek obesiti, rekod tunjukkan Rakyat Malaysia antara terteruk di ASEAN. Malah negara lagi mundur lagi baik prestasi. 


*************************


Budget 2024 nak dekat. Saya harap ada pembuat dasar yang sempat singgah di wall saya, angkatlah ke pemimpin negara. Bagaimana kita boleh ubah budaya makan kita. Dari sekolah rendah lagi kita boleh mula. 


Saya percaya, kalau Kerajaan melabur dalam budaya makan kita, banyak kebaikannya. Itu pada saya, suatu reformasi yang bermakna. 


Cuma, kalau “makan rasuah” jadi budaya nombor satu negara, polisi baik macam mana pun, akan tersasar dari matlamatnya. Itu wajib ditengokkan juga. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki


No comments: