Anwar prihatin bantu Zaiton Sameon 🤲






Setiausaha Politik DS Anwar, Ahmad Farhan Fauzi berkunjung ke rumah penyanyi veteran

Zaiton Sameon, 67 yg kini terpaksa menumpang di rumah anak angkatnya di Ampang, Kuala Lumpur


Kisah Zaiton baru baru ini tular di media sosial yg mengatakan beliau kini hidup sendirian dan sedang mengalami tekanan emosi dek kerana tiada sumber pendapatan dan disahkan OKU kategori fizikal : Traumatic Brain Injuries 


Zaiton yang popular dengan lagu Menaruh Harapan mengalami kemalangan jalan raya di Batang Kali, Selangor pada 1990 yang mengakibatkan anak tunggalnya, Azirwan Abu Bakar yang ketika itu berusia 13 tahun, meninggal dunia.


Penyanyi yang merangkul juara Anugerah Juara Lagu (AJL) 1987 ini turut parah di bahagian kepala hingga menyebabkan dia hilang ingatan sementara. 


Saudara Farhan ketemu Puan Zaiton untuk sampaikan salam dari pihak pmx yg telah berlepas ke New York bagi menghadiri sidang PBB turut memberi sumbangan kecil kepada beliau. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan segera menyelesaikan bantuan warga emas kepada beliau, Insya-Allah. 




Kredit Anwar Ibrahim


#MalaysiaMADANI


No comments: