KEH..KEH...DIA GAGALIS



 Ada walaun yang kata Mahiaddin hilang jawatan PM sebab tak mahu tunduk kepada tekanan untuk bebaskan OKT.


Wow... Yakinnya kamu!


Zaman Mahiaddin dulu lebih banyak kes yang diberi DNAA. Tak salah aku lebih 70 kes. Paling hebat kes Musa Aman.


Aku ingat masa tu heboh cerita Musa Aman nak cabar keabsahan Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal daripada Warisan. Masa tengah hangat isu tu, kes Musa Aman tiba-tiba dapat DNAA.


Aku ingat dapat DNAA tu lagi menjadi la dia. Tapi rupanya dia terus tarik diri dari politik. Tak pelik ke? Lebih pelik, yang sokong dia masa tu terus beralih sokongan ke PN. Tinggalkan politik tu harga yang perlu dibayar untuk dapat DNAA ke?


Aku tak fikir Zahid minta DNAA waktu BN bersama PN dulu. Sebab kalau Zahid minta DNAA masa tu, mungkin dia pun kena bersara dari politik juga dan Zahid tak mahu berbuat begitu.


Kalau begitu, kenapa Mahiaddin hilang jawatan?


Kalau ingat, PN asalnya bukanlah kerjasama antara parti. Ia sebenarnya sokongan MP secara individu yang tandatangan SD menyokong Mahiaddin. PN ditubuhkan selepas kerajaan terbentuk dan UMNO pun tak pernah join PN.


Jadi Mahiaddin tak pernah dapat sokongan penuh dari BN terutamanya UMNO. Sebab itu Mahiaddin takut nak ke parlimen. Sebab kalau buat undi tak percaya, besar kemungkinan dia akan kalah.


Dalam masa yang sama, Mahiaddin tak hormati hirarki UMNO. Tengok kepada lantikan kabinet oleh Mahiaddin. Nama pemimpin UMNO yang dipilih entah siapa-siapa entah. Sampai Adham Baba pun boleh jadi Menteri Kesihatan. Bayangkan la.


Jadi Mahiaddin memang ada masalah sejak dari mula dengan pimpinan UMNO. Cara untuk dia kekal berkuasa adalah dengan menutup parlimen. Dia sanggup isytihar darurat untuk itu.


Tapi berapa lama? Sampai akhirnya YDP Agong pun lahirkan rasa tak setuju. Mahiaddin tahu dia akan jatuh kalau parlimen dibuka. Sebab itu dia undur diri tapi dengan beberapa syarat.


Tentang syarat tu, boleh rujuk video yang Mukhriz  Mahathir buat sebelum PRU15 dulu. Macam mana Mahiaddin deal untuk dapatkan separuh peruntukan PM dan seluruh peruntukan TPM masa Ismail jadi PM. Sampai sekarang Mahiaddin mahupun Ismail tak pernah nafikan video Mukhriz tu.


Jadi Mahiaddin hilang jawatan bukanlah sebab dia tak tunduk kepada desakan Zahid. Bahkan aku rasa Zahid pun tak pernah minta kesnya DNAA.


Mahiaddin sebenarnya hilang jawatan PM sebab penipuannya tentang sokongan yang dia dapat dari SD dah semakin terbongkar. Sama ada dia turun sendiri, ataupun dia dijatuhkan di parlimen. Itu je.


Sedangkan hakikat, masa Mahiaddin jadi PM lebih banyak kes berprofail tinggal yang dah dikurniakan DNAA. Walaun tak payah la nak pusing cerita. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.