Gino Marvel
Masih lg kedengaran isu liwat di parlimen. Bila sentuh dgn kes songlap ratusan juta & berbilion, automatik bibir pembangkang meratip liwat. Terjerit di parlimen, tiba2 ramai buat solidariti keluar parlimen.
Sebenarnya pembangkang bukan nak dengar penjelasan isu DNAA sangat pun. Nak cari point isu apa yg buleh buat viral di tiktok dan media lain. Nak bincang ekonomi & keperluan rakyat, jauh sekali.
Utk makluman, Mahkamah Tinggi KL dh bebaskan Anwar isu Liwat 2 pd Jun 2012. Semua org tahu kes ini konspirasi politik. Kemudian pihak yg tak mandi wajib 5 hari nak jaga dubur tu appeal di Mahkamah Rayuan. 2014, mahkamah jatuh hukum 5 tahun penjara.
Kemudian YDPA bebaskan Anwar pd 16 Mei 2018 dan segala rekod jenayah konspirasi politik berkaitan Liwat 2 di hapuskan!
Dari rentetan inilah wujudkan nak pisahkan kuasa AG & kuasa hakim. 33 bulan tebuk atap memerintah, satu apa pun tak buat. Lani dok bising kes DNAA Zahid Hamidi.
Kes DNAA soqang bekas menteri cabul budak perempuan & DNAA Muhyiddin Yasin guna kedudukan utk rasuah RM232.5 juta senyap sunyi je di tutup rapat puak pas & PN. MP Muar pula cuba jadi hero pun sebab kes berkaitan salahguna kuasa & pengubahan wang haram berkait dirinya di mahkamah.
Penelitian kami, secara teknikalnya kami lihat pentadbiran Anwar dh mula sikit momentum termasuk berkeras. Ini mmg kami sangat tunggu-tunggukan selama ini.
Kes RM80 juta yg terkait kpd bekas MP mmg dalam siasatan SPRM. Itu yg puak kerengga berderet keluar dewan semalam.
Dari segi hal lain pula, ya...mmg akan ada penyusunan portfolio kembali. Samada penyusunan ini sebelum lantikan YDPA baru atau pun selepas, hanya Anwar saja buleh jawab. Bagi kami, mmg itulah yg di perlukan sebaiknya berlaku.
Isu bahan asas rakyat seperti beras, gula, tepung, bawang, telur, ayam...KPDN perlu turun dan risik. Bukan pantau saja tak habis2.
India sekat beras yg di import oleh Malaysia, harga jadi lebih mahal...masalahnya, para pengeluar pula sekat beras tempatan dan campur ke pek baru beras import.
Bang Mad Sabu, rakyat tak mahu tahu kalau kurang beras...beralih ke makanan lain. Walaupun ada kelemahan petani sendiri yg kena tipu gred padi di kilang kerana di biarkan org tengah yg uruskan, sesekali minta tolong jgn di tuding jari kepada rakyat.
Kita dah ada kuasa, maka kita gunakan sebaiknya. Betul ada deep state yg mmg sengaja tunggu makan rasuah atau duit tepi. Kementerian Pertanian & KPDN perlu bertindak dgn cara baru, bukan tunggu di meja tunggu report puak deep state bagi hari-hari.
Kalau bagi kami, utk nak ajar org tengah,pekilang, pembekal dalam memaksimumkan keperluan beras tempatan itu sendiri, petani perlu beli mesin proses yg compact & fleksibel yg buleh di bawa kemana mana. Biar petani sendiri yg hasilkan 100% pengeluaran & jualan.
Untuk pek/platik/guni pembungkusan pula buleh dapat dr pekilang sedia ada. Kerajaan hanya perlu tetapkan harga kawalan dan berat timbang. Banyak pasaraya besar atau kedai kecil buleh dapatkan terus dr petani. Betul, ia suatu cebisan idea tapi dgn idea sebeginilah industri pertanian Thailand berkembang lebih baik.
Apapun, kami nak lihat gelagat seterusnya di dewan parlimen. Dan kpd sdra Anwar, tahniah...satu permulaan yg baik. Utk negara, biar berkeras dan sikit kejam. Sungguh pun kejam itu, bukanlah tahap seperti zaman 90an hingga zaman Kleptokrasi.
Kita sebut tatakelola yg baik, maka kita jadikan tatakelola itu sebaik mungkin.
Lepas ini nak lihat pula sektor kementerian pelajaran, ramai cikgu2 dan jabatan kerajaan penyokong parti lebai extremist. Apakah masih nak berdiam diri ?