PAS SEOLAH KHADAM BERSATU & GERAKAN

 



Norman Radzuan.


PAS patut kuasai kerusi di Selangor 

PAS SEOLAH KHADAM BERSATU & GERAKAN


Saya terkejut dgn jumlah kerusi yg ditandingi Bersatu dan Gerakan di Selangor dan Pulau Pinang seolah oleh PAS khadam kpd kedua parti tersebut. Kenapa saya berkata begitu?


Kekuatan PN adalah PAS. Kita tahu Bersatu tiada grassroots dan begitulah juga Gerakan. Tanpa PAS, Bersatu dan Gerakan tidak akan memenangi satu kerusi pun di 6 negeri ini.


Kebergantungan Bersatu kepada PAS. Jadi kenapa PAS melepaskan peluang ini dgn membenarkan parti tumpang dlm PN bertanding melebihi PAS?


Sedangkan kita tahu yg bekerja di akar umbi yg panjat sampai pucuk pokok gantung bendera org Pas, yg gantung bendera dkt kubur Cina pun org Pas, yg buat kereta kebal, kapal terbang, wau gergasi pun org Pas… jadi adil kah mereka seperti penumpang di PP dan Selangor.


Bab ini memang saya tabik dgn ahli PAS. Mereka berjuang mcm berperang dan malah tak perlu dibayar dgn ribuan. Cukup sekadar berjuang fisabillah.


Di Selangor Bersatu bertanding 31 kerusi DUN dan PAS hanya bertanding 17 kerusi DUN. Manakala di Pulau Pinang Gerakan parti kecil utk masyarakat Cina bertanding 20 kerusi. Lebih menghairankan Bersatu boleh mendapat kerusi yg sama jumlah dgn PAS iaitu 10 kerusi di Pulau Pinang.


Sdgkan PP adalah kubu kuat PAS di dlm Perikatan Nasional. Saya boleh terima Gerakan mendominasi kerusi di PP kerana kawasan Cina tetapi Bersatu memperolehi 10 kerusi seolah olah PAS tidak mempunyai kekuatan atau dipergunakan utk memperkuatkan parti itu.


Ia sekadar pandangan politik saya seolah olah tiada keadilan utk parti PAS yg kita tahu 80% pengundi PN adalah di kalangan ahli dan penyokong PAS. Bukan mahu menjadi batu api tetapi faktanya PAS dominan undi PN. PAS kena tahu mereka mesti mengetuai dan berperanan besar di dlm PN kerana kekuatan PN adalah PAS.



No comments: