APA ITU 3R.

 3R 


Ramai masih keliru atau buat2 keliru, apa maksud kesalahan 3R sebenarnya. Sebagai intro, 3R ini meliputi “Race, Religion and Royal”. 


Isu Bangsa, Agama dan Raja (BAR). 


Dalam undang2, kesalahan 3R ni bukan bermaksud langsung tak boleh nak sentuh perkara tersebut. 


Kalau nak puji agama sendiri, kalau nak kritik kaum sendiri dan kalau nak angkat daulat Raja2, takde masalah. Buat lah sampai lebam pun. Takde orang kisah. 


Contoh: 


1. Nak cakap Melayu malas, Melayu angkuh, Hang (Melayu) bodoh, plus yang cakap ni pemimpin Melayu sendiri. Cakap lah seribu kali pun, takde nya polis nak ketuk rumah. 


[Disclaimer: Jangan kaum lain yang cakap dan dibuat ditempat terbuka dan viral. Tu dah jadi menghina. Ada elemen 3R jua]


2. Kalau nak angkat martabat Islam, sambil puji Raja2 Melayu, buat la, sentuh la siang malam, pagi petang, takde orang pun nak marah. 


[ Dislaimer: Jangan pula sebab nak angkat martabat bangsa dan agama sendiri, kita pergi perlekehkan agama dan kaum lain. Sambil menghasut pula untuk membenci, hat tu dah jadi elemen 3R. Boleh ada kesalahan]


Konsepnya simple. Nak sentuh 3R dengan puji pujian, malah kritik secara membina dan highlightkan isu semasa. No hal. Takkan kena BAR!  


Yang tak boleh nya, ketika sentuh tu, ada terapkan elemen melagakan, tambah kalau hasut supaya ada bibit kebencian. Itu yang tidak dibolehkan. Ada kesalahan. 


Contoh:


1. “Raja2 Melayu sudah tak berguna, mereka dah tak pikir Melayu, mereka pentingkan Cina” 


2. “Raja aku je yang terpaling suci keturunan, Raja 

lain susur galur mana pun tak tahu. Raja aku hebat, raja hang bukan” 


3.  “Raja sekarang zalim seperti Firaun dan Namrud, maka kita wajib melawan”. 


Ini contoh kes2 yang sedang berjalan. Yang buat peel nya politikus bukannya orang biasa. 


Pada saya, orang biasa dan non-partisan, takde nya percakapan seharian kita nak guna isu 3R. Elok je kita nak hidup dalam kedamaian. Hanya geng politikus yang tunggang isu sedemikian. 


Rakyat yang bijak sedar, negara ini hanya boleh berjaya, kalau kita tolak tepi geng politikus penggila kuasa. Menunggang isu 3R bukan untuk kepentingan negara. Hanya untuk tembolok mereka. 


Mereka lah terpaling Melayu dan terpaling Islam. Mereka la pemegang kunci syurga dan nereka. 


Maksum belaka mereka ini. Tiada kesalahan langsung di mata taksuber. 


Yang lain semua, tak berguna. Hanya mereka saja yang layak berkuasa. 


Cuma kita patut tanya, sekarang dah tahun 2023. Relevan kah lagi politik tunggang kaum dan agama? Walhal patutnya kita sudah mula bicara, politik polisi dan idea. Dan bangunkan negara semula. 


Pada saya, PRN ini dan PRU16 nanti, tolaklah politikus dinosaur ini daripada berkuasa. Politik dendam dan adu domba dah 30 tahun lamanya. Jahanam Malaysia dibuatnya. PRU depan, wajib kita angkat set Hang Nadim pula. 


Salam hormat, 

Liyana Marzuki