Memahami Ekosistem








"Org yg cakap ikan (BEM) itu perlu dilupus memang b&d@h.." - Komen yg agak menarik perhatian admin hari ini.


Baiklah.. Team River Monster Hunter tidak menyalahkan sesiapa / mana² pihak yg tidak memahami apa itu Ekosistem. Tapi, admin akan cuba sebaiknya utk menjelaskan, menerangkan supaya ianya memberikan maklumat & pemahaman yg lebih baik kpd yg berkenaan.





Konsepnya mudah, tidak semua perkara itu kita ketahui & begitu juga sebaliknya. Boleh jadi, kita tahu tapi org lain tidak tahu & org lain tahu akan tetapi kita pula yg tidak tahu. Jadi, berkongsi maklumat itu lebih baik dari menjadikan ketidaktahuan itu sebagai lawak jenaka / paling teruk memperlekehkan org lain.


Berbalik kepada 'Ekosistem'. Apa sebenarnya yg dimaksudkan dgn Ekosistem?





Definisi Ekosistem - Beberapa komuniti yg tinggal bersama² dalam satu habitat & saling berinteraksi antara satu sama lain termasuklah komponen bukan hidup.

Contoh - Dalam sebuah perkampungan, terdapat 10 keluarga yg tinggal & 10 keluarga ini saling berinteraksi, bercucuk tanam, memelihara haiwan seperti ayam, menggunakan sumber hutan & sungai utk meneruskan kelangsungan hidup. Itu secara ringkas utk memahami 'Ekosistem'.





Definisi Habitat - Habitat ialah kawasan yg didiami oleh organisma yg mana habitat ini menyediakan sumber makanan & perlindungan.

Contoh - Perkampungan yg terdapat aktiviti kelangsungan hidup & perlindungan. 


Definisi Komuniti - Komuniti ialah beberapa populasi organisma yg berbeza & tinggal bersama di dalam satu habitat.

Contoh - Manusia, haiwan ternakan, haiwan² liar & haiwan² pemangsa & sebagainya yg biasanya terdapat di satu² penempatan / perkampungan.


Definisi Populasi - Sekumpulan organisma yg sama spesis & tinggal di dalam habitat yg sama.

Contoh - 10 keluarga yg tinggal di kampung yg sama.


Definisi Spesis - Sekumpulan organisma yg mempunyai ciri² yg sama & mampu membiak baka utk melahirkan anak.

Contoh - Manusia, haiwan² ternakan, haiwan² liar dsb.


Itu secara ringkas utk memahami kompleks 'Ekosistem'. Kemudian kita beralih kepada bagaimana & apa punca Ekosistem ini boleh rosak / musnah.


Kita abaikan Ekosistem yg lebih menyeluruh. Ayuh, kita pergi ke sebatang sungai yg terpelihara dari sebarang spesis ikan asing. Sudah tentu kita akan jumpa ikan² asli dalam jumlah yg banyak seperti Ikan Kelah, Tengas, Kelabau, Lais, Sebarau, Begahak, Temperas, Jelawat, Temoleh, Tilan dll (Sekadar menyebut beberapa spesis).


Kemudian kita pergi pula ke sungai yg dihuni oleh spesis ikan pemangsa asing seperti BEM, Chaopharaya, ARTC dll. Lakukan inventori & apa kemungkinan yg kita akan dapati? Ya, memang benar masih terdapat ikan² asli tapi bukan dalam kuantiti yg sepatutnya. Yg pasti, kuantiti ikan asli yg terdapat di sungai tersebut lebih sedikit & berkemungkinan juga ada spesis yg langsung tidak dijumpai.


Admin tidak nafikan, memang terdapat pro & kontra kehadiran ikan² asing ini. Ada kebaikan & keburukan. Yg pasti, keburukan itu lebih banyak kerana ikan² asing ini bersifat cepat membiak, cepat membesar, agresif & pelahap. Ianya jauh berbeza dgn ikan² pemangsa asli seperti Toman, Haruan, Tapah, Sebarau dll. Pemangsa asli ini tidak bersifat pelahap serta mempunyai tumbesaran yg sesuai dgn keadaan semulajadi habitat di perairan kita.


Isu ini seperti kita meletakkan sesuatu di tempat yg salah. Contohnya, ambil beberapa ekor Harimau di hutan & lepaskan di ladang ternakan Kambing. Rasa², apa yg akan jadi. Seperti itulah juga ttg kehadiran ikan² pamangsa asing ini.


Masalah utamanya ialah, ia tidak berada di tempat yg betul & sepatutnya. Jadi, ianya tidak sama sekali boleh disamakan dgn isu populasi Buaya seperti apa yg saudara ini kemukakan.


Ingat, Buaya tidak akan datang ke perumahan manusia utk mencari mangsa melainkan manusia yg masuk ke kawasan habitatnya & mengakibatkan pertembungan yg akan mengakibatkan krisis. Satu lagi, manusialah sebenarnya yg menjadi punca kpd segala permasalahan yg wujud kini. Masalah sampah, pencemaran, tebang hutan, perubahan iklim, masalah pemanasan global & banyak lagi.


Cukup²lah..


#rivermonsterhunter

#CintaiAlamSekitar

#lindungibumi

#lindungisungai