Orang kata Pas parti ajaran sesat sudah taubat belum?

 


Cacian dan makian yang dihamburkan oleh pemimpin Pas ke atas pemimpin Kerajaan Perpaduan tidak melambangkan akhlak Islam.


Pengerusi Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seharusnya Pas yang memperjuangkan Islam mencontohi akhlak Nabi Muhammad s.a.w yang tidak menyerang lawannya dengan caci maki.


Kerajaan Pe
rpaduan tidak membalas cacian Pas. Namun, katanya pemimpin sekutu yang kini bersama Pas pernah menghina parti itu, tetapi tidak meminta maaf dan telah dijadikan sahabat sehidup semati pula.


"Muhyiddin (pernah) panggil Pas parti ajaran sesat. Kita kena maki hari hari (dengan Pas) kita tak panggil Pas parti kafir atau parti ajaran sesat.


"Kita biar pertarungan politik ada batas dan hadnya. Saya masih ada kawan kawan dalam Pas.


"Orang yang kata kamu parti ajaran sesat, dia dah bertaubatkah belum? Dia dah minta maaf secara terbuka atau belum?


"Tetapi Pas oleh kerana kepentingan politik dia halalkan itu semua," katanya dalam ceramah Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Pulau Pinang, malam tadi.


Anwar juga membangkitkan tindakan Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri yang tidak memberi bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat yang kebanyakannya dipelopori ustaz Pas.


Hari ini, ironinya Presiden Pas bersama Mahathir dalam Proklamasi Melayu.


Selain itu, Anwar berpuas hati dengan prestasi Kerajaan Perpaduan yang pada peringkat awal beliau telah mengarahkan pihak polis dan SPRM memantau para Jemaah Menteri.


Selepas 8 bulan katanya, tiada satu pun kes menteri kabinet yang mengambil komisen atau sakau wang projek dan itu menurut beliau satu rekod hebat dalam sejarah pentadbiran Malaysia.


"Ada mesyuarat Jemaah Menteri kita buat hari cuti umum, kenapa? Kita mahu buat keputusan penting untuk rakyat. Kita tidak boleh gagal sebagai kerajaan kerana negara Malaysia mesti diselamatkan dan promosikan pertumbuhan ekonomi untuk menjadi salah satu tiang seri kepada rantau Asia Tenggara serta jadi gergasi di rantau ini.


"Ini cita cita kita. Bukan nak kaut. Lapan bulan dipantau polis, SPRM, saya tanya SPRM, tak ada satu kes pun yang menunjukkan menteri (Kerajaan Perpaduan) sakau duit rakyat melalui kontrak.


"Ini satu rekod dalam sejarah politik tanah air," katanya lagi.


No comments: