ANGPA NAK LAWAN NGAN SANUSI KA NIH. "AKU TAK TAKUT KAT SAPA"- PANGLIMA NUSI MENJERIT. HANGPA BODOW....TU DIA MAKI PENYOKONG WALAUN DIA YANG BODO.....KENA SIASAT DOK JEL BARU HANG TAU NUSI.....

 


Himpunan Perpaduan Silat Melayu Se-Paya Jaras rapatkan perguruan silat




Himpunan perguruan silat di DUN Paya Jaras yang julung kalinya diadakan semalam telah berjaya merapatkan pengamal seni persilatan di DUN berkenaan dan di Selangor amnya.



Menurut Ahli Dewan Negeri Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman, majlis tersebut yang dianjurkan di bawah Exco Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor telah mendapat kerjasama baik daripada Pertubuhan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Negeri Selangor serta beberapa pertubuhan seni silat lain.



"Matlamat program ini bertujuan merapatkan pelbagai perguruan seni silat sebagai komitmen untuk mengangkat martabat persilatan Melayu, di samping memberi pendedahan serta menggalakkan belia bergiat dalam seni bela diri yang telah dianggap sebagai salah satu ‘benteng utama’ pertahanan negara.



"Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti Senam Tari Silat, Acara Pertandingan Silat dan Himpunan Persembahan Silat yang melibatkan hampir seramai 2,000 pesilat dari pelbagai aliran perguruan utama termasuk Seni Silat Cekak, Silat Lincah, Silat Gayong dan Silat Abjad," katanya dalam satu kenyataan.



Menurut Khairuddin lagi, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memberi sokongan kepada segala aktiviti dan program pertubuhan-pertubuhan seni silat Melayu, khususnya yang melibatkan penyertaan para belia.



Sehubungan itu, katanya, sumbangan berupa mock cek berjumlah RM 6,000 turut juga diserahkan dalam himpunan berkenaan. Di samping Kerajaan Negeri juga, katanya, akan mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan untuk menjadikan seni silat sebagai sebahagian daripada aktiviti ko-kurikulum di sekolah.



"Semoga penganjuran program ini dapat berfungsi sebagai satu platform terbaik Kerajaan Negeri untuk terus menjalinkan kerjasama dengan persatuan mahupun perguruan-perguruan seni silat Melayu dalam merancakkan aktiviti, sekaligus, menyediakan peluang kepada para belia untuk mengasah bakat demi pembangunan akar umbi dan seterusnya mampu menyumbang kepada kecemerlangan seni silat di negeri Selangor," katanya lagi.



Himpunan Perpaduan Silat Melayu Se-Paya Jaras itu diadakan di Padang Awam Aman Putri, Paya Jaras, Sungai Buloh yang bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 3.00 petang.

 



No comments: