PRN6

 PRN6 


1. Pilihanraya Negeri dah dekat. Untuk 6 negeri: Selangor, N9, Penang, Kedah, Kelantan dan Terengganu. 


2. Little birds kata semua DUN 6 negeri akan bubar pertengahan bulan ni. Target buang undi hujung Julai atau awal Ogos. 


3. Ada yang tanya saya. Apa pandangan tentang PRN6? Saya jawab simple. Politik Negara 2-3 penggal ini buatkan pengundi jadi anti-establishment. Maknanya fitrah yang tak suka Kerajaan. Tu sebab kalau PRK atau PRN, Kerajaan yang ada selalunya kalah. 


4. Kita tengok juga set politikus. Bila jadi Pembangkang, nampak mereka kuat. Menyerang saja. Bila masuk Kerajaan, banyak sloppy, perlu defensive pula. Kita nampak patternnya. Sama dua2. 


5. PN target sapu bersih 6 negeri. Katanya itu sebagai referendum rakyat tolak Kerajaan Madani. Lepas tu ada peluang lari ke istana, boleh tebuk atap kembali. Cuma tak sure siapa next Perdana Menteri? 


6. Calon PM mereka pun geng Kluster Mahkamah, sama level dengan Zahid Hamidi. Bila naik jadi PM, adakah perlu juga disuci? Sama cerita mereka membahan TPM kini? 


7. Bagi PH, saya jangka mereka hanya nak pertahankan 3 negeri. Penang, Selangor dan N9. Yang lain kalau dapat bonus. Tapi memang susah. Tambah tak nampak calon MB wibawa di Kedah, Terengganu dan Kelantan. Tiada alternatif yang lebih baik. 


8. Pada saya, PRN ini hanya litmus test untuk kedua2 belah pihak. Sama ada Gelombang Hijau berkurang atau makin kuat. 


9. Kalau PAS masih mendominasi PRN dengan paling banyak kerusi. Makin bertambah dari keputusan PRU15, tunjukkan Pas makin kuat. PRU16 mereka ada chance tubuh Kerajaan. Ntah2 kerusi PM nanti pun mereka demand. 


10. PH/BN hanya boleh claim victory, kalau mereka boleh sekat kemaraan PN di 3 negeri safe mereka. Dan gaining grounds beberapa seat di 3 negeri pembangkang. Tu dah kira habis baik. 


11. Pada saya, sama ada menang atau kalah PRN, Kerajaan Madani ini lagi akan ditekan. Lepas PRN, penyokong sendiri pun akan desak “No more Politicking” dan “Show us the Reformasi”. 


12. Elok lah lepas PRN nanti, rombak Kabinet, yang dead wood letak tepi. Nak tambah Menteri pun takpe lagi, orang tak kisah dah, asalkan Kerajaan is fully functioning.


Saya akan update lagi mengenai PRN6 kalau ada info terkini. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki