BEST APA BENDANYA....TERPALIT DENGAN SAKAW BEELAMBAK.

 

PNBEST - Bersih dan stabil. Kata dia la. Dia punya stabil, kita pun boleh tengok macamana huru hara dorang ni. Pemimpin PAS sendiri pun entah berapa kali keluarkan kenyataan yang bukan sahaja tidak dipersetujui, bahkan sakitkan hati parti lain dalam gabungan itu. Lantaklah.


Yang nak disentuh ni isu bersih ni. Setakat manakah bersihnya mereka ni? Setakat sekarang, Bersatu kita dah tahu tersangat kotor. Orang Johor sebut kotor bolo. Bukan setakat pemimpin Bersatu je belasah duit rakyat, sekali dengan anak beranak dia. Betul punya kenduri kantung negara.


Sekarang pemimpin parti yang bertopengkan Islam pula. Sudah mula terbongkar skandal melibatkan pemimpin negeri yang ditadbir PAS. Contohnya di Kelantan. Ada isu tentang pembinaan loji rawatan air yang bukan sahaja dibuat secara runding terus, bahkan belum lulus kontrak tapi dah mula kerja.


Paling mudah kalau nak diibaratkan, macam baru bertunang dah tidur sama. Mana boleh macam tu! Parti awak tu dah la pakai label Islam. Kalau buat benda tak senonoh begini, sekali dengan nama Islam tercemar.


Syarikat tu tak punyai kepakaran. Sebab itu SPAN tak luluskan. Tapi dia nak jugak sebab kerja dah mula. Aduh! Macamana boleh syarikat yang tak ada kepakaran diberi kontrak runding terus ni? Dah mula kerja pulak tu walaupu kelulusan belum dapat.


Jadi sang Menteri, yang masa tu seorang lebai juga, terpaksa arahkan SPAN untuk luluskan walaupun ia bertentangan dengan arahan awal SPAN. Pening? Memang peninglah. Bila nampak Pak Haji merempit pun kita geleng kepala. Apa lagi kalau lebai tak jujur dalam memerintah. Kan?


Itu satu. Ada lagi satu kes, di Terengganu pula. Baru ni heboh cerita tanah yang dikatakan bernilai RM29j dijual pada harga RM550k. Ada diskaun ke tu? Alah! Murah 'sikit' je daripada pasaran. Dalam 5,800% je. Hebat betul kerajaan Terengganu berniaga. Dijual pulak kepada persatuan yang isteri MB jadi ketua.


Adeh... Ini bersih style apa? Bersih ke kalau Penuh dengan nista? Sebelum ni pemimpin Bersatu yang tertangkap serong. Sekarang lebai pun sama. Dah tu siapa yang bersih dalam PN? Gerakan? Mungkin la. Itu pun sebab Gerakan tak ada kuasa. Kalau ada kuasa, mungkin sama je mereka ni.


Sebab tu mereka bersama membentuk gabungan. Dan sebab tu mereka semua benci kepada PMX DS Anwar dan nak rampas kuasa. Sebab mereka tahu DS Anwar benci rasuah dan penyelewengan. Kalau biar DS Anwar terus di tampuk kuasa, inilah jadinya. Terbongkar semua kecurangan mereka.


Itu belum buka cerita kronisme dalam pentadbiran. Berderet anak beranak pemimpin parti dalam carta organisasi negeri. Alasan dia, semua layak dan dah melalui proses yang betul. Kalau seorang dua takpe lagi. Kalau dah bersusun, dah nampak sangat ianya terancang.


Masa lawan mereka buat, bukan main lagi bising. Rupanya dia lebih teruk daripada lawan. Dah kena dekat dia, terus jadi hal kecil. Dengan walaun boleh la cerita sebab walaun anggap lebai maksum. Tapi dengan undang-undang negara, jangan buat main.


Kes dah sampai ke pihak berkuasa. Kita tunggulah apa akan terjadi seterusnya. Tapi aku percaya lepas ni usaha nak tebuk atap akan digandakan. Sebab cuma itu cara mereka nak lepaskan diri. Dokumen untuk buktikan kecurangan ini semuanya lengkap.


PN BEST ke? Malam sket eh. PN ni bukan setakat kotor malahan berterabur. Kotor lagi mengotorkan. Bersyukurlah rakyat bukan PN yang bentuk kerajaan selepas PRU yang lepas. Kalau tak, entah apa nasib kita sekarang ni. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.