Mmmmm...tedia no angpa. Dok bawah ketiak atok no.

 

BARU UMUM MASUK PAS BEBERAPA HARI LALU, HARI INI PAPAGOMO DAH UMUM JOIN MAHATHIR.  INGAT PAS JE TINGGALKAN BERSATU IKUT MAHATHIR



Semua yang pergi ke Mahathir menggunakan alasan mereka menyokongnya kerana perjuangannya untuk orang Melayu.  Nak tergelakpun ada dengan kegilaan mereka mengampu Bapa Perpecahan Melayu ini. 


Bukan sahaja slogan hendak membela Melayu ini tak masuk akal untuk dikaitkan dengan manusia yang selalu menghina Melayu dengan label “PEMALAS”, “MENTALITY SUBSIDI” dan sebagainya ini. Takkanlah Gomo dan PAS tidak boleh fikir langsung betapa gagalnya Mahathir membela nasib orang Melayu ketika beliau jadi Perdana Menteri 22 tahun? Jika Mahathir bela nasib orang Melayu, takdelah ekuiti bumiputra tahun 1981 hanya 18% dan bila dia berhenti jadi Perdana Menteri tahun 2003, masih lagi 18%. Satu peratuspun tak bertambah ekuiti Bumiputra zaman Mahathir, yang kaya hanya kroni terapatnya.


Itu belum ambil kira dakwaan Tengku Razaleigh bahawa Mahathir membazirkan RM529 billion duit Petronas sejak tahun 1979.  Gomo dan PAS harus akui bahawa mereka menyokong Mahathir bukan kerana perjuangannya untuk Bangsa Malayu, tetapi kerana janji lumayan yang beliau taburkan.  Apa agaknya yang Mahathir janjikan ya?


Lokman Adam

4hb Jun, 2023

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=281922934362854&id=100076354482544


No comments: