Kongres Nasional Khas KEADILAN yang diadakan hari ini seharusnya
membincangkan persiapan mempertahankan negeri yang mana KEADILAN jadi kerajaan
dan berusaha untuk membuat kejutan di 3 negeri yang tidak dikuasai.
Hal itu dinyatakan dalam ucapan penghantar Timbalan Presiden
KEADILAN Rafizi Ramli dalam majlis makan malam KEADILAN, malam tadi di Shah
Alam.
Selorohnya, parti beri 'jamuan makann yang sedap' maka selepas ini
anggota dan pimpinan perlu berkerja kuat menghadapi PRN dalam tempoh 3 - 4
bulan akan datang.
"Bagi parti, malam sebelum kongres, 3 - 4 bulan sebelum PRN
parti jemput dan raikan, bagi makan kambing yang sedap, sebab saudara saudari
balik, ada 4 bulan untuk berkerja kuat. Supaya kita pertahankan Selangor,
Negeri Sembilan, Pulau Pinang, kita buat kejutan di Kedah dan dapatkan prestasi
terbaik di Kelantan dan Terengganu," katanya.
Bagi Rafizi tiada yang mustahil sekiranya anggota parti berusaha
keras. Malah perjuangan 24 tahun untuk meletakkan Presiden KEADILAN Datuk Seri
Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang pada awalnya mustahil kini telah pun
menjadi kenyataan.
"Tidak ada yang mustahil kalau melihat sejarah parti dan
sejarah saudara Anwar. Tadi pun saudara Anwar sebut kita kadang kadang tak
terlintas berada dalam kerajaan.
"Sebab masa kita untuk sampai ke sini panjang dan melibatkan
pengorbanan semua orang terutama yang hadir dalam dewan pada malam ini,"
katanya lagi.