Proklamasi Untuk Khianat Kerajaan Perpaduan.




Proklamasi Untuk Khianat Kerajaan Perpaduan.

Khabarnya 19 Mac ini dirancang untuk diadakan sidang Proklamasi Orang Melayu. Proklamasi itu akan dibaca oleh Mahathir Mohamad. Semua orang Melayu dijemput hadiri. Demikian disebar.

Tujuan proklamasi itu untuk menyatakan kebimbangan nasib dan kuasa orang Melayu di masa hadapan. Kerajaan yang ada kini tidak diiktiraf dan tidak jamin Melayu akan selamat walaupun ia dikepalai Melayu dengan sokongan bukan Melayu.

Dalam erti kata lain sidang berkenaan tidak mengiktiraf jerajaan Perpaduan yang telah mendapat perkenaan Raja-Raja Melayu, mendapat kerjasama pegawai kerajaan dan juga pasukan seselamatan polis dan tentera. Dunia luar juga telah mengiktiraf kerajaan yang ada kini. Kerajaan Perpaduan membuka landasan kehormonian negara terbaik.

Bahkan kalangan parti politik termasuk pembangkang juga mengiktiraf kerajaan kini, walaupun ada kritikan kepada PM dan kerajaan dalam parlimen itu hanya dari sudut teknik politik biasa sahaja. Penerimaan Bajet 2023 sebagai bukti kerajaan Perpaduan diakui.

Sebenarnya sidang proklamasi itu tidak pun perlu. Ia senagaja direkacipta untuk memberi naratif buruk kepada kehirmonian politik yang ada kini. Bagi saya ia adalah helah orang² seperti Mahathir yang tidak senang dengan sesuatu yang baik dilakukan oleh orang lain. Hati syaitannya tampak terus berdenyut. Mahathir mengekalkan musuhnya kepada semua PM.

Benih kejahatan yang ada dalam dirinya akan cambah dan tumbuh, dan ia akan kembang jika disupport pula oleh pihak lain. Naratif palsu yang cuba dibangunkan Mahathir itu adalah ingin mengambil kesempatan atas nasib diterima presiden Bersatu. Mahathir cuba melemparkan tali kononnya nak selamatkan Mahiddin yang akhinya nanti tali itu akan menjerut Mahaiddin juga. Harap Pas tidak akan melupai akan sejarah kejahatan orang ini.

Awas dengan putar belit Dr Mahathir. Beliau sanggup menjadi apa sahaja asalkan niat busuknnya tercapai. Menggagalkan Anwar adalah cita²nya sejak dari azali.

Justeru sidang bakal diadakan itu elok dicegah dan tangkap mana² dalang terbabit. Jika ia dibiarkan sedikit sebanyak ia mengganggu perjalanan kerajaan kini. Trims.

 

No comments: