KAJIAN MENUNJUKKAN RAKYAT BERPUAS HATI DENGAN PM10







 

Ini berita yang boleh membuatkan lebai tak tidur malam dan para penyakau mengigau di siang hari.

Dapatan daripada satu kaji selidik yang dijalankan oleh FIRM Research menunjukkan lebih separuh daripada rakyat berpuas hati dengan pentadbiran DS Anwar serta yakin negara akan bertambah.

Kaji selidik dari FIRM Research ini lebih menyeluruh berdasarkan kaedah kaji selidik itu dibuat dan juga sasaran responden berbanding undi yang dibuat oleh beberapa portal berita sebelum ini. Baca berita penuh di: https://bit.ly/3FtS3xC.

Ia dilaksana menggunakan tiga metodologi, iaitu temu bual bersemuka, panggilan telefon dan melalui internet membabitkan 310 responden di wilayah utara, tengah (319), selatan (274), timur (155) serta Sabah dan Sarawak (162).

Kaji selidik itu membabitkan responden Melayu seramai 566 orang, Cina (320), India (191), Bumiputera Sarawak (47), Bumiputera Sabah (48) dan lain-lain (48).

Daripada 1,220 orang berumur 20 hingga 70 tahun yang ditanya, 45.6% yakin dan 12.6% lagi yakin sepenuhnya. Bermakna total 58% berpuas hari dan yakin dengan pentadbiran ini.

Jadi tempohari Mahiaddin kata rakyat cakap ini kerajaan gagal tu datang dari mana? Rakyat yang mana? Bermakna Mahiaddin menipu je la kan? Tak sudah nak menipu. Yang pelik ada lagi yang nak percaya. Guane boh?

Raja Gelap

 

No comments: