Anak muda Malaysia diberi peluang mengundi pada usia 18 tahun.
Bagaimanapun, menurut pembahas mewakili Angkatan Muda KEADILAN
(AMK) Malaysia, Dr Taufiq Johari, tiada pendidikan politik diberikan kepada
anak muda maka generasi itu tidak mampu membuat pilihan yang tepat di dewan
mengundi.
"Kita lihat negara kita mengimplementasikan pengundi muda
tetapi kita lihat pula bagaimana negara kita mengimplimentasikan Undi 18 tanpa
ada persediaan rapi.
"Kita lihat negara Indonesia mengimplementasi Undi 18 tetapi
anak muda dilibatkan secara terus dengan politik dan demokrasi
"Siapakah yang bertanggungjawab untuk mengangkat suara anak
muda lebih berkualiti? Ini tanggungjawab kerajaan Madani. Kita perlu menyuapkan
anak muda dengan sekolah demokrasi agar anak muda lebih cakna dengan politik
sebenar.
"Kita tidak berjaya untuk menyuapkan rohani mereka dengan
begitu jitu. Kita perlu pastikan anak muda masuk dewan mengundi, mereka tidak
hanya pangkah pemimpin tetapi yang mereka pilih itu adalah masa depan negara
Malaysia," katanya sebagai pembahas terakhir pada hari ini.
Menurut beliau lagi, tiba masanya kerajaan menggunakan kementerian
dan jabatan bagi memberi pendidikan politik yang murni kepada anak muda.
Hasilnya, kata beliau, Undi 18 kelak akan memilih yang paling
berkualiti untuk masa hadapan mereka bukan terikut ikut oleh sentimen semasa
yang belum tentu benar dan berguna.
Bagi pilihan raya negeri pula, Dr Taufiq menasihatkan agar parti
tidak leka atau alpa selepas berkuasa di peringkat Persekutuan.
Katanya, pembangkang untuk pilihanraya negeri melakukan persediaan
yang baik dan hal itu mesti diimbangi oleh parti kerajaan.
"Dulu ini parti derita, kini mungkin ini pari gembira. Tetapi
jangan kita alpa, jangan kita leka, lena. Kita melihat perjalanan kita masih
jauh walaupun kerajaan sudah berada di bawah tampuk kepimpinan kita.
"Ada beberapa negeri akan mengadakan PRN. Pihak sebelah sana
ada kekuatan di Tik Tok. Mereka berhujah tanpa asas maka itu fitnah. Ini harus
berbalas dengan hujah dan siapakah yang bertanggungajwab yang menjadi benteng
di depan?
"Inilah Angkatan Muda KEADILAN. Jika ingin melihat masa depan
KEADILAN, lihatlah AMK," katanya lagi.