USAHA MAFS SANGAT DIPUJI

 




Tajuk berita hanya cerita harga ayam dan telur akan diapungkan. Tapi yang lebih menarik, Menteri MAFS juga berkata usaha menanam jagung bijian, bahan asas pembuatan dedak ayam sudah dimulakan dan kajian sedang giat dijalankan di Perlis. Berita penuh di https://bit.ly/41jm6S4


Dan sudah ada syarikat yang akan membeli jagung berkenaan menggunakan model Bernas. Bermakna  ada syarikat yang beli dari pengusaha dan proses untuk dijadikan dedak. Dalam beberapa bulan lagi hasil akan mula dikeluarkan.


Ini langkah bijak yang sepatutnya dah lama diambil. Krisis bekalan ayam dan telur bermula apabila ada kenaikan pada harga dedak. Jadi langkah kerajaan menggalakkan penanaman jagung bijian ini akan menurunkan harga dedak sekaligus akan tuunkan juga harga ayam dan telur.


Syabas Abg. Mad dan MAFS. Ini bukti kesungguhan kerajaan melalui kementerian untuk meringankan beban yang ditanggung rakyat serta mengurangkan kos sara hidup. Back to basic. Selesaikan masalah dari akar, bukan cantas pucuk je.


InsyaAllah tak berapa lama lagi, segala usaha yang dijalankan oleh kerajaan akan membuahkan hasil. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kenapa perkara ini tak dilaksanakan 33 bulan dulu? Sebab masa itu tiada kemahuan. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

No comments: