PP vs WAN SAIFUL WAN JAN
Saya rumuskan pertuduhan kes Ketua Penerangan
Bersatu semalam.
1. Tuduhan: meminta dan menerima suapan bawah
seksyen 16 Akta SPRM (sama seksyen kesalahan dengan kes DS Rosmah Mansur),
boleh kena penjara 20 tahun dan denda 5 kali nilai suapan.
2. Suapan bentuk apa: Komisyen projek
“Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur”.
3. Amaun komisyen: RM6.96juta daripada RM232
juta, bersamaan dengan 3% nilai Projek.
4. Pemberi Suapan: Lian Tan Chuan dari
syarikat Nepturis Sdn Bhd.
5. Tujuan suapan: bantu dalam dapatkan Surat
Setuju Terima bagi dana Jana Wibawa, program Kerajaan untuk bantu kontraktor
Bumiputera ketika pandemik Covid-19.
6. Mode bayaran: transfer dari bank syarikat
Nepturis ke akaun bank syarikat Wan Saiful yang dia merupakan tuan punya
tunggal. Takde rakan kongsi. Serupa masuk masuk akaun sendiri.
****************************************************
Ini semua fakta dakwaan kes yang Pendakwaraya
kena buktikan.
Dalam kes rasuah sebegini, komisyen senang
dibuktikan kalau ada money trail. Tambah kalau wire transfer dari satu bank ke
bank yang lain. Itu saya rasa, kalau terbukti ada, Pembelaaan pun takkan
bantah.
Yang sedikit mencabar untuk Pendakwaraya
buktikan ialah:
(1) bayaran itu memang bentuk komisyen projek
bukan hanya dana politik.
(2) Tertuduh ada kuasa dalam mempengaruhi
keputusan pemberian award projek dan dia ada usaha untuk campur tangan.
Pada saya, kita hanya tahu bila kes berjalan.
***************************************************
Dalam kes berprofil tinggi sebegini, tak
boleh lari dari sentimen awam. Court of public opinion, omputih cakap.
Sentimen yang membuak dalam diri saya, KALAU
BETULLAH pertuduhan yang ada:
1. Macam mana projek untuk Kontraktor
Bumiputera tapi yang melobi untuk dapat projek syarikat Cina?
2. Dalam kita pandemik dan darurat, senang
betul politician cari makan. RM6.9juta satu projek. Berapa bangunan sekolah
boleh dibina dengan amaun tu? I wonder.
3. Yang kena dalam Bersatu semua MP Muda,
Syed Saddiq terdahulu sekarang WSWJ pula. Adakah politikus senior dalam parti
baik2 saja?
4. Adakah semua parti Melayu berperangai
sama? Dulu kita tibai UMNO, yang gantinya Hoi Ya Hoi juga?
Saya harap di Mahkamah, kebenaran akan
terserlah jua.
Salam hormat,
Liyana Marzuki