SEMAKIN DIKOREK SEMAKIN BYK TERBONGKAR


Norman Radzuan

Mula2 mereka kata ini semua fitnah jahat. Bila SPRM kata Presiden Bersatu suspek kes tersebut…tiba2 mereka alihkan isu ia politik dendam (kes terpilih). Tuduh SPRM rasuah pula. Kata mereka menipu rakyat, Jana Wibawa utk bantu Bumiputra akhir kantoi Cina dibelakangnya. 


Kaki temberang dan ramai org Melayu percaya. ‘Saya satu sen pun tidak ambil wang rakyat,’ sembang boleh la tapi SPRM kata kamu adalah suspek bukan saksi.


Tiba2 Wan Saiful pula kesal dan mahu kerajaan fokus kpd kebajikan rakyat. Kamu ingat SPRM itu kerja dia utk kebajikan rakyat? Hal kebajikan rakyat ada Kementerian dan Jabatan yg akn memainkan peranan mereka.


Kes kamu kena jawab di mahkamah. Tak perlu spin cerita kononnya difitnah atau terpilih. Salah atau tidak di mahkamah. Kamu boleh cakap skg masa tidak pernah terhenti. Selamat menjadi ahli kluster mahkamah.


Di isu lain pula di kala kalian ikat rakyat di rumah dgn isu covid kamu semua buat kerja. Kalian boleh luluskan projek runding terus RM 92. 5 billion wang rakyat tanpa rasa bersalah dan takut dgn Allah.


Depan rakyat kalian kata kami Bersih dgn memburukkan lawan dgn sentimen perkauman utk menghalalkan cara. Skg semakin dikorek semakin byk kebocoran yg rakus. Sampai bila la org Melayu nak kena tipu.