Apa yang Hassan Karim dah buat? Kenapa nampak
macam dia nak runtuhkan kerajaan perpaduan ini?
Sejujurnya, aku pun tak gembira dengan
perbuatan dia. Tapi kalau sampai nak ambil tindakan, aku tak rasa perlu. Malah
kalau tindakan diambil, itu hanya akan merosakkan lagi nama Keadilan.
Setidaknya Keadilan dapat buktikan parti itu
lebih demokratik berbanding PAS. Jangan lupa apa yang berlaku kepada AJK PAS
Pusat khairuddin Aman Razali yang digugurkan dari jawatan hanya selepas dua
bulan menjawatnya?
Itupun cuma sekadar bocor rakaman audio yang
dia pertikai tindakan Presiden PAS nampak lebih akrab dengan Bersatu dan
mengabaikan UMNO. Tak ada pun serang presiden secara melampau.
Tapi Keadilan, walaupun keras serangan Hassan
terhadap DS Anwar, semenjak dari pembentukan Kerajaan Perpaduan ini lagi, tidak
ada sebarang tindakan pun yang diambil.
Kerana dalam Keadilan, memang dipraktikkan
hak kebebasan bersuara. Tiada wala buta serta sikap mendewakan presiden
hingga tak boleh langsung presiden dikritik. Itu sifat diktator.
Jadi biarkanlah dia bersama puak sebelah sana
terus menfkeitik. Suara yang menongkah arus juga kita perlukan sebagai realiti
check dan memastikan PM tak tersalah langkah.
Memang apa yang dikatakannya digunakan
sebagai bahan oleh puak sana. Tapi apa nak dihairankan? Puak itu, benda elok
pun mereka putar bagi nampak buruk. Mereka akan gunakan apa saja demi capai
tujuan jatuhkan kerajaan.
Seorang ini, tugas DS Anwar untuk buktikan
segala kebimbangan yang disuarakan oleh Hassan Karim adalah salah dan tidak
berasas. Aku rasa DS Anwar takkan ada masalah untuk lakukan itu. Guane boh?
Raja Gelap
.