PEGUAM DAP BANTU USTAZ...

 



PEGUAM USTAZ

Kes ini bermula pada hujung tahun 2021. Seorang ustaz dituduh melakukan serangan seksual terhadap 5 orang budak di sebuah madrasah.

5 pendakwaan dibuat. Ustaz tersebut diheret ke mahkamah.

Selepas kes menjadi tular, media alternatif dan bloggers pun pick up.

"Ustaz dituduh melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak"

Agamawan + seks. Berita-berita contrasting sebegini confirm laku.

Dua tahun kemudian, budak-budak 11 hingga 14 tahun yang membuat pertuduhan itu akhirnya mengaku membuat pertuduhan palsu.

Rupa-rupanya budak-budak itu dikantoikan oleh ustaz sebab melayan video porno dalam telefon bimbit.

Apabila ustaz mengambil tindakan tegas, ustaz itu pula kene fitnah melakukan serangan seksual.

Maka Mahkamah akhirnya membebaskan ustaz tersebut. Syukur.

Yang lebih menarik, peguam yang mempertahankan ustaz tersebut bukan peguam PAS. Pun bukan peguam Bersatu.

Yang mempertahankan ustaz itu PEGUAM DAP.

Ye. Peguam DAP yang dituduh anti-Islam telah mempertahankan ustaz tersebut dan ustaz tersebut akhirnya mendapat keadilan yang sewajarnya.