BIARLAH RUNTUH- APA YANG PASTI KITA NAK TANGKAP DULU KEPALA PERASUAH YANG SALAHGUNA DUIT SEMASA PILIHANRAYA.

 

MB dan TMB paling celupar, Sanusi dari Kedah dan Mat Amar dari Kelantan berkata perpaduan PH dan BN takkan bertahan lama dan pasti akan runtuh.

Mereka berkata pembahagian kerusi untuk PRN di 6 negeri pasti akan timbulkan isu. Mat Amar kata, ini sebab sikap UMNO yang mahu jadi abang besar, berdasarkan pengalaman PAS sendiri dalam MN.

Aku gelakkan sajalah. Mereka memang takut bila PH dan BN bersama kerana kemungkinan untuk undi Melayu lari daripada mereka itu agak cerah. Jadi mereka akan sentiasa cuba menghasut.

Aku pun tak tahu bagaimana proses pembahagian kerusi itu dijalankan. Dan sekiranya berlaku sedikit pergeseran, itu benda biasa. Tidaklah mengejutkan.

Cuma aku nak kata, ada 2 perbezaan jelas antara kerjasama PH-BN dengan MN atau PR dahulu.

Pertama, kita ada DS Anwar Ibrahim. Seorang tokoh yang cukup hebat dalam bab menyatukan seteru. Beliau pernah satukan PAS dengan DAP dan kini DAP dengan BN, bahkan dengan GPS pun.

Sikap diplomasi dan tenang DS Anwar memang aset paling berharga dalam kerjasama ini yang aku pasti ia bakal jadikan kerjasama ini sangat utuh.

Keduanya, dalam kerjasama PH-BN ini tiada PAS di dalamnya. Dan itu satu faktor yang sangat penting.

Kalau kita telusuri sejarah, PAS telah sertai banyak kerjasama. Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat, Muafakat Ummah dan yang terbaru, Perikatan Nasional.

Hampir semua yang PAS sertai gagal dengan teruk dan berakhir dengan perpecahan. Kalau kaji, hampir kesemuanya gagal disebabkan oleh PAS sendiri.

Bahkan Muafakat Nasional sendiri gagal apabila PAS haloba nak bermain dua kolam. Dengan UMNO dia hendak, dengan Bersatu pun tak mahu lepas.

Waktu itu aku pun tak faham kenapa PAS nak lekat sangat dengan Bersatu. Cuma lepas kerajaan baru naik, baru aku nampak apa sebenarnya.

Jadi aku positif dalam pembahagian kerusi untuk PRN ini. Sebaliknya yang aku nampak, akan mula pergeseran antara Bersatu dengan PAS selepas ini.

Sebab PAS rasa mereka semakin kuat. Kita boleh lihat dari kenyataan majoriti lebai. Kebanyakannya mula bercakap dengan nada angkuh dan bongkak.

Bersatu pula, sebagai pengeluar modal terbesar, pasti mahu jadi lebih dominan. Tanpa akar umbi, Bersatu terpaksa menunggang jentera PAS serta bertanding di kubu kuat PAS.

Persoalannya, bersediakah PAS? Setakat yang aku ingat, bila dia rasa dia kuat, PAS akan mula besar kepala. Susah nak tengok PAS beralah nanti.

Dan masalah paling besar, akaun Bersatu pula dah dibekukan. Sedangkan itulah umpan untuk jinakkan PAS. Tanpa duit yang banyak, mampukah Bersatu tundukkan nafsu besar lebai?

PRN lambat lagi. Mungkin sempat akaun Bersatu dilepaskan. Atau mungkin juga sempat Mahiaddin dan beberapa yang lain dipenjarakan.

Tapi aku yakin. Kalau Bersatu tak mampu sediakan dana sebesar ketika PRU15 tempohari, PN tak akan bertahan. Alasannya cukup sekadar Bersatu minta kerusi lebih di Kelantan dan Terengganu. Tengoklah nanti. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

1 comment:

Anonymous said...

Bunga bunga parti walaun bergeseran sudah nampak apabila pertikian siapa akan calonkan MB Selangor... untuk berangan angan mereka sudah bergeser... teruk makhluk makhluk ini jadi Mat Jenin