LEPAS BUAT APA LEBAI NI- MAKA CILAKALAH LEBAI INI KERANA MEMFITNAH...NANTI NANTI DIA BUAT LAGI....MAU DOK SAMAN BAGI TINGGAI TELOQ SAJA DIA NI...

 

Ketua PAS Perak mohon maaf kepada Anwar, kes dakwaan LGBT selesai.





(MUKA TAK TAU MALU )- Razman Zakaria bersama peguamnya Naran
 Singh (kiri) dan peguam Anwar Ibrahim, SN Nair di Mahkamah Tinggi
 Taiping hari ini.

TAIPING: Kes saman fitnah Anwar Ibrahim terhadap Ketua PAS Perak Razman Zakaria berhubung dakwaannya bahawa presiden PKR itu membenarkan amalan LGBT telah selesai di Mahkamah Tinggi Taiping hari ini.

Razman mengemukakan permohonan maaf kepada Anwar di mahkamah sebagai sebahagian daripada penghakiman persetujuan.

Peguam mewakili Anwar, SN Nair berkata, anak guamnya bersetuju dengan penyelesaian tersebut sebagai tanda muhibah dan membiarkan perkara itu selesai “demi kepentingan semua pihak”.

Pada 5 Dis, Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Razman yang dikatakan membuat dakwaan Anwar akan mempromosikan agenda LGBT, membenarkan perkahwinan sejenis, dan menyokong agenda komunis, jika menjadi perdana menteri.

Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Taiping, di mana Anwar telah menuntut ganti rugi RM5 juta dan injunksi untuk menghalang Razman daripada membuat kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.


No comments: