BUKAN DUIT TU SIMPAN KAT MANA. TAPI MAI KOT MANA....TAU DAK?- BAHASA SURATNYA BUKAN SIMPAN DIMANA- TETAPI DATANG DARI MANA DUIT ITU..





Faizal kata Bersatu tak simpan duit di rumah tetapi dalam akaun dan semuanya ada rekod. Katanya lagi Bersatu dapat sumbangan yang besar daripada syarikat korporat dan perniagaan.

Cerita dia macam ni. Bukan masalah duit tu simpan di mana. Tapi masalah sebenarnya, duit tu datang dari mana. Kalau betul dari syarikat korporat, apa namanya dan lebih penting, kenapa?

Kita tak persoal duit tu simpan di mana. Yang kita persoal, macamana tiba-tiba Bersatu diberikan duit dalam jumlah yang banyak. Pada masa yang sama, ketika Mahiaddin jadi PM, terdapat banyak projek yang diserahkan tanpa tender terbuka.

Apakah duit itu disumbangkan syarikat korporat sebagai balasan kerana diberikan kontrak secara runding terus? Senang cerita, setiap kontrak yang diberikan, ada komisen 3% hingga 5%?

Itu yang kita nak tahu. Kerana rakyat akan kerugian jika kontrak diberi kepada yang sedia beri komisen, bukan yang layak. Jadi hasilnya kurang kualiti. Tak payah nak pusing la. Rakyat sekarang dah cerdik kecuali walaun dan chaibunge. Guane boh?

Raja Gelap

.