Menurut Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta 76), spesies ikan kelah dikategorikan sebagai haiwan terancam di negara ini dan ia antara spesies yang dilindungi.

Ikan kelah merah atau nama saintifiknya, Tor putitora, satu-satunya spesies liar di sungai yang paling mahal di pasaran.
Harga semasa sekilogram ikan kelah merah di pasaran hari ini mampu mencapai RM250 sekilogram.
Ini disebabkan ikan kelah merah ini memang sukar diperolehi kerana berada di hulu sungai.
Baru-baru ini tular sebuah video pendek yang dikongsikan pengguna FB melibatkan dua orang bekas menteri kabinet dilihat begitu berbangga apabila memperolehi hasil sungai yang menjadi idaman kaki pancing itu.
Bekas menteri yang dimaksudkan ialah Tuan Ibrahim Tuan Man, bekas Menteri KASA dan Nik Zawawi, bekas timbalan menteri kepenggunaan. Kedua-duanya merupakan pemimpin tertinggi parti Pas.
Melalui perkongsian tersebut, Tuan Ibrahim dilihat secara bergurau bertanyakan Nik Zawawi spesis ikan yang berjaya ditangkap mereka.
No comments:
Post a Comment