Membendung arus kebangkitan konservatisme agama di Malaysia- SIRI 1

Membendung arus kebangkitan konservatisme agama di Malaysia

Mari kita cipta dan sebarkan naratif tandingan kita sendiri yang inklusif dan adil agar menjadi benteng melawan konservatisme agama



 

Aliran dan Sisters in Islam (SIS) baru-baru ini menganjurkan forum di George Town, Pulau Pinang mengenai “Kebangkitan konservatisme dan masa depan hak wanita dan demokrasi Malaysia“.

Forum itu menampilkan empat penceramah: pengarah eksekutif SIS Rozana Isa, Ahli Parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid, bekas Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthurirani Patto dan setiausaha kehormat Aliran Dr Azmil Tayeb. Ia dikendalikan oleh Karen Lai dari Women’s Centre for Change.

Dorongan bagi diadakan forum ini bermula dengan keperluan bagi NGO seperti SIS untuk meluaskan jangkauannya ke luar Lembah Klang. SIS telah melakukan banyak kerja yang layak dipuji dalam mempertahankan dan memajukan hak wanita di Malaysia, khususnya melalui program Telenisa.

Program ini menyediakan nasihat perundangan secara percuma kepada wanita Islam – 75% daripadanya adalah daripada 40% isi rumah termiskin – yang menghadapi kesukaran luar biasa untuk memahami sistem mahkamah Syariah dalam kes yang melibatkan perceraian, poligami, nafkah dan harta sepencarian.

Kebanyakan orang Melayu hanya mengenali SIS sebagai pertubuhan “sesat” berdasarkan fatwa (syor agama) yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor.

Namun, usaha SIS yang mengagumkan dalam membantu kaum wanita Melayu yang miskin dan lemah untuk memperjuangkan hak mereka dalam sistem mahkamah Syariah yang patriarki itu sebahagian besarnya tidak disedari oleh masyarakat Melayu. Oleh itu, adalah sebuah keperluan bagi SIS untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti di luar Lembah Klang bagi menyucikan penyelewengan yang tidak adil ke atas SIS dan mempamerkan kerja penting dan bermakna yang dilakukan mereka.

Enakmen Islam baharu yang baru diluluskan di Terengganu baru-baru ini yang memusykilkan serta menindas ini menyuntik keperluan mendesak untuk menganjurkan forum awam untuk membincangkan ancaman yang ditimbulkan oleh konservatisme agama terhadap hak individu orang Islam dan bukan Islam.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Enakmen baharu Terengganu itu bertujuan untuk ‘memperbaiki’ kanun jenayah Syariah negeri dengan menjenayahkan bomoh dan sihir, wanita hamil atau mereka yang bersalin di luar nikah, wanita ‘berlagak’ seperti lelaki, serta mereka yang bertujuan melakukan liwat. Hukuman bagi kesalahan ini ialah penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.

READ MORE:  'Pulau' horror for conservatives

 

Cukup memeranjatkan bagaimana cerdik pandai agama di Terengganu boleh menghasilkan enakmen ini pada ketika negara – dan dunia – sedang mengalami peningkatan kos sara hidup dan bersiap sedia untuk menghadapi kemelesetan global yang semakin meruncing menimbulkan rasa tidak percaya. Ia menunjukkan kekurangan belas kasihan dan empati oleh para konservatif agama yang menanggapi mereka ini telah tersasar dari jalan yang benar.

Enakmen hukuman yang tidak diperlukan ini gagal mempertimbangkan masalah sistemik yang membawa kepada kes kehamilan luar nikah di kalangan wanita Melayu.

Daripada menghukum wanita-wanita ini, yang berkemungkinan besar dari golongan miskin dan kurang berpendidikan, mungkin apa pihak berkuasa Islam negeri Terengganu harus lakukan adalah untuk melindungi hak-hak wanita ini dengan lebih baik, menangani ketidakadilan sosioekonomi yang mereka hadapi, dan membantu untuk merumuskan sebuah program pendidikan seks yang komprehensif dapat dijalankan selain dari hanya berpantang seks semata-mata.

Kekurangan belas kasihan dan empati di kalangan penganut agama ini juga jelas dalam hingar-bingar baru-baru ini mengenai projek Kementerian Kesihatan bagi memperkenalkan ubat profilaksis pra-pendedahan (PrEP) di beberapa hospital kerajaan terpilih sebagai sebahagian daripada usaha pengurangan bahaya untuk memerangi penyebaran virus HIV/Aids.